5 November 2014

INTERSTELLER Review



Genre : Adventure, Sci-Fi
Running Time : 169 minutes
Director : Christopher Nolan
Writer : Jonathan Nolan, Christopher Nolan
Malaysia Release Date : 6 November 2014
Rated : P13

Semalam aku dengan boipren tengok Intersteller preview screening dekat TGV One Utama. Dari bulan september kot boipren aku beriya gila nak tengok cerita ni. Beriya sebab Batman adalah director filem ni. Bila aku tengok trailer macam bosan jeeeee. Takpe la kan boipren nak tengok kita layankan jeee. Lagi pon kebetulan dapat tiket free daripada Nuffnang hehe :B


Sinopsisnya

Mengisahkan tentang bumi yang dah tua, mengalami perubahan iklim yang melampau meyebabkan bumi kekeringan dan manusia kekurangan makanan. Cooper (Matthew McConaughey) merupakan bekas jurutera hebat dan juga juruterbang yang berpengalaman luas bersama NASA sebelum ini namun dia mengambil jalan untuk mengusahakan ladang beliau untuk mendapatkan makanan walaupun cuaca dan ribut tidak menentu. Cooper dan Brand (Anne Hathaway) serta sekumpulan kecil saintis meninggalkan bumi dan meneroka angkasa lepas untuk mencari  rumah baru untuk kita semua.

Ok itu la dia sinopsisnya. Sebelum Cooper dan Brand berlepas ke angkasa lepas tu aku faham la. Tapi bila dah sampai angkasa lepas tu aku mula tak faham. Bila dah tak faham tu ha mula la aku terlentok sekejap bahahahaha!! Blogger yang duduk sebelah aku pon terlentok sama haha.

Bila dah tak faham tu mula la sebok tanya jiran sebelah hehe. Kenapa jadi macam tu? Kenapa pulak lelaki tu nak bunuh Cooper? Kenapa Cooper tiba-tiba kat belakang rak buku? Banyak lagi soalan aku tanya tapi lepas habis movie la. Boipren kata kalau nak faham cerita ni kena tau pasal teori 5 dimensi, teori einstein, teori kuantum bla bla bla bla blaaa.

Ohh begitu ye T.T

Dari 5 bintang tu aku bagi 1 taik bintang je. Review best panjang berjela-jela baca kat SINI ye (:


2 comments:

  1. Abg chris punya mmg ada part yg aku xfhm..aku prefer john wick

    ReplyDelete
  2. tiba tiba aku tera macam dah la tak tengok movie...

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...