Sunday, February 8

Cuti Macau : Air Asia AK182 From KLIA2 To Macau International Airport


Alohaaaa!!

Aku dah sampai kat Malaysia dah ponnn. Penat tak hilang lagi ni. Semangat gila berjalan kat negara orang kahkahkah!

Oleh kerana aku stay kat Macau 3 hari je so aku pilih flight yang paling awal. Flight 6.30 pagi woii. Sampai Macau dalam pukul 10.15 pagi. Kalau sampai awal boleh jalan merata tempat lalala.

Pergi Macau tak perlu Visa ye puan puan sekalian alam :)

Nak minta mama (MIL) hantar ke airport kasihan pulak. Lagi pun awal pagi buta kot? Bahaya. So aku dengan buifrin sepakat naik AEROBUS dari Paradigm Mall ke KLIA2. Paradigm Mall tu sebelah rumah aku je :P Tambang RM10 seorang. Murah murah!!

Oh ye dari Paradigm Mall ke KLIA2 mengambil masa 45 - 50 minit :D Kalau dapat bus driver jenis yang suka layan handphone tu memang ambil masa sejam la.


Sampai kat KLIA2 banyak kedai yang tutup -.-' Banyak restaurant yang buka tapi tak semua la. Cuci mata kat kedai Heng Heng jual bermacam-macam jenis kopi. Yang paling menarik kopi luwak ni la. Sekotak RM115. Mahal juga eh? Buifrin pernah ajak try kopi luwak ni. Ewwww tak nak aku. Geli.



Beratur nak masuk kapal terbang sempat lagi intai pilot. Kot kot pilot tu husband Namee Roslan hehehe.



Bersemangat bawak novel Daughter of Light. Konon nak baca dalam flight. Sempat baca 1 mukasurat je lepas tu sambung mengkhayal kahkahkah! Seat tepi tingkap kosong buifrin pun ambil peluang tangkap gambar.


Awan Malaysia.


Awan Macau.


Yeahhhhhhhhhhhhhhhh dah sampai Macau!!!


Macam jakun pulak nak tangkap gambar kapal terbang padahal dah berkurun kot aku turun naik kapal Air Asia  -.-' Cuaca sejuk 16 °C!!! Berangin pulak tu. Sejuk gila nak mampos!! Nasib baik dah pakai sweater tebal lalala.


Pakai t-shirt nipis je tak sejuk ke bang oii?? Perempuan tudung biru tu orang melayu rasanya hihi. Malas la aku nak bertegur sapa. Aku kan memang bangsa yang tak peramah bahaha.


Macau International Airport ni kecil je so tak payah la korang risau sesat ke apa huahua. Sampai airport je terus check in kat FB. Ceh berlagak hahaha. Airport kat sini pun ada free wifi so korang tak payah la nak bayar mahal-mahal untuk roaming Maxis ke Celcom ke tu guna je la free wifi lalala.

 


Beratur untuk pemeriksaan passport kat kaunter imigresen. Staff imigresen tak friendly gila. Semua muka ketat nak senyum pun takut. Pandang kita macam kita ni perompak herghhh. Siap pakai mask pulak tu. Takut terkena jangkitan penyakit letteww.

Legaaa takde apa-apa masalah kat imigresen weeee~


1 comment: