Bagaimana si ibu, begitulah si anak. Sudah pasti kecantikan Valeria Lukyanova yang digelar ‘Barbie Hidup’ diwarisi daripada darah dagingnya sendiri, Irina Pashkeeva.
Ibu dan anak perempuan ini kelihatan sama dari segi rambut berwarna platinum perang dan bentuk mata serupa. Apa yang membezakan cuma Irina Pashkeeva kelihatan lebih tua dan ada kedutan di wajahnya.
Menurut Valeria, ibunya banyak memberi sokongan dan ilham kepadanya untuk menjalani kehidupan seperti seorang ‘bintang.’
“Buku-buku milik ibu memberi motivasi kepada saya untuk melakukan meditasi, yoga dan mengembara ke seluruh dunia,” katanya.
Seperti dirinya, ibunya juga mengikuti diet ketat untuk mengekalkan penampilan diri walaupun sebahagian tubuhnya kelihatan agak meragukan.
Meskipun wanita Ukraine ini menjadi sensasi di Internet, Valeria meraih perhatian sama ada daripada peminat atau pengkritik yang memberi pelbagai tanggapan mengenai kecantikannya.
Bagaimanapun, dia tidak harus dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana ibunya menerima baik penampilan mereka yang digelar dua beranak ‘manusia patung.’
Lebih mengejutkan, bapa Valeria, Valery Lukyanov juga berpenampilan seperti patung hidup.
Walaupun tidak kelihatan asli pada pandangan kebanyakan orang kerana wajahnya dikatakan lebih banyak ‘dirapikan’ menerusi pembedahan plastik dan botoks, dia tak kisah.
Malah, dia seolah-olah cuba mencuri publisiti yang diraih anak dan isterinya.
Valery berkata, dia tidak kisah dengan penampilan anaknya kerana isterinya juga mempunyai minat dan kecantikan sama.
Selain ibu dan bapa Valeria, datuk dan neneknya juga memiliki wajah yang hampir sama kecuali bentuk tubuh. Wajah si nenek mungkin serupa dengan patung Barbie yang sudah tua, begitu juga dengan si datuk!
Memetik kata-kata Valeria dalam akhbar The Sun: “Ramai orang fikir anda hanya perlu memiliki wajah cantik untuk berjaya tetapi itu tak benar. Hanya rohani dalaman boleh membawa hasil memuaskan.”
Valeria sebenarnya sudah menemui pilihan hati dan berkahwin. Walaupun ada orang mungkin tidak menyukai diri dan penampilannya, Dmitry Shkrabov menyokong isterinya sepenuh hati dan sangat menyintainya tanpa mempedulikan segala komen negatif.
“Dmitry sentiasa berada di sisi saya. Dia menyayangi dan menyokong saya. Dia sukakan saya sama ada dengan atau tanpa mekap.
“Dia menjadi seorang ‘vegetarian’ lebih awal daripada saya. Dia sukakan aktiviti luar seperti memanjat gunung dan pernah menakluki Gunung Elbrus. Kami bersedia untuk mendaki Gunung Everest, pergi ke Nepal dan barisan pergunungan Himalaya,” kata Valeria.
Dalam perkembangan lain, Valeria diterbangkan ke New York oleh majalah V untuk ditemu bual dan menjalani penggambaran fesyen oleh Sebastian Faena, jurugambar model terkemuka dari Argentina.
Popularitinya melonjak apabila fotonya di Internet menunjukkan rambutnya berwarna perang, ukuran pinggang yang sangat kecil, berdada montok, mata besar kehijauan umpama permata dan berkulit licin sehingga digelar Barbie Hidup.
Namun, ramai mempersoalkan sama ada tubuhnya benar-benar asli atau melakukan pembedahan untuk kelihatan sebegitu. Ia mungkin tidak tepat secara saintifik tetapi Valeria sememangnya dekat dengan dunia Barbie.
“Ramai berkata buruk kepada mereka yang ingin menyempurnakan diri sendiri.
“Ia kerja keras tapi mereka menolak dengan menganggapnya sebagai sesuatu yang dilakukan pakar bedah atau artis grafik. Tetapi saya tidak ambil serius tuduhan itu, sebaliknya berbesar hati. Kejayaan sememangnya sebegitu.
“Saya gembira kerana walaupun mereka menganggap saya tidak asli, itu bermakna saya melakukannya dengan baik,” katanya.
Barbie Hidup ini yang turut dikenali dengan ‘nama kerohanian’ Amatue, tidak bimbang dengan perhatian masyarakat.
“Benar, saya kini menjadi ikutan. Setiap wanita cantik dengan ciri-ciri halus dan kurus akan kelihatan seperti anak patung. Saya tak nafikan keadaan itu membuatkan saya terpengaruh dengan persepsi orang ramai,” katanya.
p.s. bagi aku satu family ni ada masalah mental.
No comments:
Post a Comment