19 June 2016

Roti Jala


Hola mi amor!

Hari ni saya nak share resipi roti jala yang hodoh tapi sedap gila hahaha. Sedap makan roti jala time puasa. Bahan yang diperlukan sikit dan amat mudah disediakan.



Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air / susu segar / santan
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

Blend semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau adunan tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan non stick pan. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kemudian angkat dan digulung. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam. 

Rupa tak cantik tapi YUMMY sedap gilaaaaaaa haha!!!!!!!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...