Monday, June 13

[Review] Gel Pembunuh Jerawat


Hola!

Siapa ada jerawat?? Sila angkat tangan!! Haha.

Bertuah sungguh manusia yang dilahirkan dengan kulit sihat dan cantik. Tak kisah la kulit cerah or gelap yang penting kulit sihat. Kulit aku kuning langsat. Masa muda remaja aku tak suka kulit aku sebab rasa macam pelik je. Tapi lama kelamaan aku belajar untuk sayang kulit aku.

Masa umur 13 tahun muka aku mula ditumbuhi jerawat. Hormon kacau bilau katakan. Rasa down je. Confident level jangan cakap la. ZERO hahaha. Kadang tengok cermin pun nangis hahaha.

Fed up dengan jerawat aku pun pergi la jumpa doctor. Bukan doctor pakar kulit tu tapi doctor kesihatan kat klinik kerajaan je pon hahaha.


Doctor tu bagi aku Benzac AC. Mengandungi 5% Benzoyl Peroxide yang bertindak membunuh bakteria penyebab jerawat.


Made in France. Jangan risau uollllssss gel ni diluluskan oleh KKM.


Gel didalam tube. Senang digunakan. Berat 15 gram. Dulu doctor bagi aku yang 30 gram. Aku tak habis guna pun hahaha.


Yasssssssssssss!! Ini la rupa gel tu.

Sebelum korangz sapu kat jerawat, korangz try dulu sapu kat sebiji jerawat. Tunggu beberapa minit nak tengok tindakbalas gel tu pada jerawat korangz. Risau tak sesuai. Kalau sesuai boleh teruskan penggunaan. Sapu kat jerawat je tau. Benzoyl Peroxide ni kuat sangat. Boleh menyebabkan kulit kering dan mengelupas. Aku dah pernah kena dah hahaha. Aku sapu kat kulit yang tak berjerawat habis kulit aku mengelupas dan pedih T.T

Katanya boleh nampak perubahan dalam masa 3 minggu. Tapi bagi aku beberapa hari je dah nampak dah perubahan. Maksud aku selepas aku sapu gel kat jerawat yang baru nak tumbuh, esoknya jerawat tu tak membesar. Pertumbuhan terbantut hahahaha.

Oh ye, gel ni korangz boleh dapatkan kat mana mana pharmacy seperti Watson dan Guardian.


No comments:

Post a Comment