14 August 2016

Gaduh!


Hola!

Kadang aku pelik dengan perangai manusia. Bagi aku setiap manusia sentiasa diberi pilihan. Kenapa ada segelintir manusia suka memilih jalan yang membuatkan orang sekeliling membenci?


Baru-baru ni aku bergaduh dengan pegawai atasan aku, nama samaran Puan A. Ceritanya bermula bila aku menghantar satu email kepada Puan A. Email tu berkaitan dengan satu document yang Puan A dah pinjam bertahun. Document tu document penting dan document tu adalah dibawah jagaan aku. Tiba-tiba aku dapat panggilan dari Puan A meminta aku datang ke pejabatnya.

Setiba aku masuk ke pejabat Puan A, dia terus meninggikan suara.


"Kenapa baru sekarang you nak minta document tu??!!! You pun tahu I busy nak kemas barang I nak pindah. Kenapa sekarang?!! Kenapa??!!"


Profesional ke macam tu? Aku cuba bertenang.


"Sebab hujung bulan ni you last kat office.. kan you nak sambung study"

"You tahu kan I banyak benda nak urus. You tengok bilik I, mana I tahu kat mana I simpan document tu??!! Document tu dah bertahun I pinjam kenapa you tak ingatkan I supaya kembalikan document tu???!!!


Amboi. Dia yang bersalah nak tengking-tengking aku pula. Apa dia ingat aku ni PA dia ke apa? Dia tak tahu dia letak kat mana document tu masalah aku ke? Sekali tengkingan aku bersabar. Tengkingan kedua aku terus hilang sabar.


"You yang pinjam document tu you pandai-pandai la pulangkan!!! Dulu I pernah minta sekali document tu tapi you kata you masih nak guna!!!! So I biarkan je la you guna!!"

"I rasa I dah pulangkan document tu. I serahkan kepada office boy untuk serahkan kepada you!!!"

"Memang you ada pulangkan beberapa document dekat I tapi you tak pulangkan semua document tu!!!"

"Kenapa you tinggikan suara pada I??!! Jawatan I lebih tinggi dari you, you tak boleh tinggikan suara you pada I.."

"You yang mula dulu. Kalau you tak tinggikan suara you, I takkan tinggikan suara I!!!"


Bila aku dah meletop baru dia nak rendahkan suara. Aku pantang gila kalau orang tu yang salah tapi orang tu putar putar belit belit and then macam kita pula yang bersalah. Memang sial la. Kali ni aku peduli apa. Terjerit-jerit aku dalam bilik pejabat dia LOL. Biar semua orang dengar. Biar semua staff bawahan dia dengar. Hampir semua staff anti dengan dia ni. Dan ada beberapa staff yang dia buli. Salah satu staff yang dibuli adalah bff aku sendiri. Nasib baik bff aku tu dah dipindahkan ke unit lain. Hmmm staff yang kononnya baik didepan dia pun sebab nak kipas je. Rasa lega gila dapat melawan hahaha.


"You ingat tak masa tu kaki I sakit, I tak boleh nak naik tangga, I minta office boy serahkan pada you"

"Ye I ingat tapi you tak pulangkan semua."

"I dah pulangkan la! I dah pulangkannn"

"Okay macam ni la. I akan cuba cari document tu dalam pejabat I, you pun sama la cuba cari document tu. You try la cari kat rumah you. Nanti ada apa-apa berita I beritahu you, okay?"

"I kecewa dengan you.."


LOL tetiba pula nak kecewa dengan aku hahahaha. Aku pandang dia dengan pandangan kosong. Malas aku nak layan kau sial.


"Ada apa-apa lagi nak cakap? I nak turun ni I nak jumpa dengan Puan S"

"You nak report dengan dia report la."

"Siapa cakap I nak report pasal ni kat Puan S?" LOL

"Lain kali you jangan tinggikan suara you.. you ingat jawatan I lebih tinggi dari you"


Aku buat muka ada aku kesah, aku jeling 360 darjah and terus blahh LOL.

Aku pernah je berkerja berpangkat Dato'/Datuk, tak pun kurang ajar macam kau. Yang aku pelik, salah ke kalau dia tanya aku baik-baik? Tak mati pun kan? Jangan jadikan jawatan kau tu sebagai tiket untuk membuli orang lain.

Keesokkan harinya..

Encik Z panggil aku masuk pejabat. Encik Z dengan Puan A sama pangkat tapi tak sebulu.


"Pagi tadi Puan A datang serahkan document ni pada saya. Dia kata dia pinjam document ni daripada awak. Dia minta saya serahkan document ni kepada awak."


Aku senyum nak ketawa pun ada. Kenapa dia tak serahkan sendiri? Malu ke? LOL!


"Puan A kata awak datang ke bilik dia semalam, betul ke?"


Nak korek cerita la tu LOL. Aku yakin Puan A mengadu pada Encik Z.


"Ye, betul semalam saya jumpa Puan A. Saya minta dia pulangkan document tu."

"Awak jangan risau, awak boleh cerita semua kat saya. Saya tak berpihak pada siapa-siapa"


Encik Z ni pun macam sial juga. Suka melaga-lagakan orang. Lelaki mulut tempayan. Suka bergossip dan menyebarkan gossip. Aku malas nak layan drama.


"Tak ada apa-apa la Encik Z, saya jumpa dia nak minta document tu je. Okay la Encik Z saya nak sambung kerja. Terima kasih banyak-banyak ye.."


Aku pilih untuk berdiam. Benda yang aku nak aku dah dapat so buat apa aku nak bercerita lagi? Benda dah selesai kan? Bercerita pada Encik Z ni pun hanya boleh mengeruhkan keadaan. Dia ni pengadu domba dan pengossip tegar.


0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...