25 October 2016

Estadia Hotel By Hatten


Hola!

MELAKA!!!

Selain Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Perlis aku suka gila Melaka!! Kebetulan aku dapat jemputan kenduri kahwin kat Melaka. Aku mesti la nak pergi lalala~


Aku dan MissC bermalam kat Estadia Hotel by Hatten. Cantik dan bersih hotelnya.


Dua minggu sebelum bertolak aku dah siap-siap book hotel kat Agoda. Two single bed senang sikit, selesa. Lagi pun aku tak nak share katil risau terpeluk MissC masa tidur hehehe. Kalau terpeluk laki kite takpe juga la kan hehehe.



Masa check in tu receptionist tu dah tersilap bagi bilik T.T Aku dah la penat dari KL 2 jam, boleh-boleh kau bagi aku salah bilik T.T Aku book two single bed kau bagi aku double bed T.T Takpe la nasib baik dapat bilik yang aku nak kalau tak memang mengamuk la aku huhuuu.


Tandas bersih dan luas. Cermin pun besar puas tatap muka hahaha.


Pemandangan dari luar bilik. Depan tu Parkson. Senang nak shopping sebab ada banyak shopping mall.


Yang ni pula hospital. Kalau uols rasa-rasa nak demam tu haaa boleh la singgah sini haha.


Cuaca kat luar panas gila so weols baring-baring layan TV.


Teh tarik untuk MissC dan kopi untuk aku. Ada buah je. Kalau ada biskut sedap sikit. Boleh cecah dalam air kopi ohhh sedapnya!


Esoknya, sebelum berangkat ke KL, aku dan MissC buffet breakfast kat Makan Nyonya. Buffet breakfast kat sini tak banyak pilihan.


Masa ni ramai pelancong dari China menginap kat hotel ni. Tak tahu la kenapa dengan orang China ni suka sangat buat bising. Bosan betul.

 
Ni je la breakfast aku. Menu lain tu ada nasi, bubur, lauk pauk segala tapi nta la rasa bosan pula nak makan nasi awal pagi. Cewahhhh macam orang puteh pula hahaha!


0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...