10 August 2017

Makan @ Boat Noodle, KL Gateway Mall


Hola!

Sejak wujudnya Boat Noodle di Malaysia, aku tak pernah try makan kat situ. Faham-faham je la kan orang Malaysia ni, pantang ada benda baru mesti diserbu dengan segera haha.


Rata-rata pekerjanya ada Bangla. Bukan kat Boat Noodle je, hampir semua restaurant kat KL ni pekerjanya Bangla. -.-"


Biasanya dapat berdiri depan pintu Boat Noodle je, nak duduk memang tak dapat la. Memang ramai gila orang. Akhirnya semalam rezeki dapat makan situ. Tak boleh lepaskan peluang. Rezeki jangan ditolak orang kata hehe.


Bila tengok menu rupanya sikit je pilihan makanan. Rasanya menu paling famous dah tentu la boat noodle (mee sampan) tu. Yang tu aku tak try lagi sebab aku lapar gila nak makan nasi haha.


Aku order Kra Pow Chicken Rice. Rasanya hmm boleh la. Nak cakap sedap gila tu hmm takde la sedap gilaa. Boleh laa. Tapi kalau kau tanya aku nak makan lagi Kra Pow Chicken Rice ni memang tak la. Rasanya terlalu biasa kot. Ia cuma nasi putih yang di hidang bersama telur mata dan isi ayam yang masak dengan daun basil. Nothing special. Sepatutnya ada hirisan tomato dan timun tapi dapur kehabisan stok kot hahaha.


The Kraken Kari untuk hubby. Okay la ada rasa kari. Yela nama pun kari kan, kalau takde rasa kari tu yang pelik haha. Aku rasa sesuap hmm rasanya biasa je. Takde la sedap sangat. Hubby pun sependapat dengan aku.


Ice Blended Coconut Shake. Seriously yang ni SEDAP!! Nasib baik la sedap, kalau tak sedap memang terasa malangnya nasib makan kat Boat Noodle ni hahahaha.

Lain kali nak try menu lain pula. Harap-harap sedap la.

Adios!


2 comments:

  1. cuba minum green tea dia...sedap la jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah try dah green tea (cha yen) and kaffe yen tu kat #chillchill nyammm memang sedap!

      Delete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...