19 May 2011

Kekasih Enggan Kahwin



Saya berumur 22 tahun dan mempunyai seorang kekasih. Jarak usia kami 10 tahun. Saya sangat menyayangi kekasih saya yang saya panggil N.

Gambar N kat bawah ni gambar K.
N antara kekasih paling pandai mengambil hati saya. Senang cerita, saya lebih menyukai dirinya berbanding kekasih lain.

Ok. Ini N. N tengah memegang sesuatu.

Dia sangat penyayang. Pada N, saya beri 8/10. Maksudnya, saya menyukai lapan perkara mengenai dirinya manakala dua perkara saya tidak suka.

Perkara paling saya tidak suka ialah dia tidak serius dalam hubungan percintaan kerana setiap kali saya ajak berbincang soal perkahwinan, dia cuba mengelak.


Apabila saya tanya bila dia mahu meminang saya, N akan beri jawapan seperti “abang bukan tuhan, mana nak tahu,” “kita tengoklah nanti” dan bermacam lagi alasan.

Jawapannya sangat melukai hati saya,

Bila nak kawin nihhh?!

Satu lagi jawapan N ialah, “abang tak ada duit.” Saya sangat kecewa dan bukan saya tidak pernah cuba membantunya. Bagi saya, miskin tidak mengapa, tetapi usaha N untuk mendapatkan saya.

Saya nak N macam nih
Itulah melambangkan betapa N ingin sunting saya sebagai isteri. Namun langsung tiada! Ikutkan hati, mahu saya tinggalkan dia dan mencari kekasih lain, tetapi saya dapat rasakan saya serasi hidup bersamanya.


Dang Setia, apa boleh saya buat? Saya buntu. Seperkara lagi, Saya pernah terlanjur dengannya. Namun bukan dia yang meragut kesucian saya.

Kekasih pertama saya.

Saya ingin kembali kepada jalan yang diredai Allah. Saya sangat takut dengan dosa zina dan sering ingatkan N perkara itu.

GADIS SEMASA 89
Sungai Siput, Perak

Jawapan Miss Volvo

Pakwe kau memang celaka! Dia nak badan kau je. Aku rasa pakwe kau ni dah kahwin dah. Dah ada 2 orang anak kot. Tinggalkan je dia k. Sekian.


Sumber : Harian Metro

3 comments:

  1. marah nampak...emosi nih..hehe

    ReplyDelete
  2. cite betul ke ni ? damn. if cite betul, mmg kne tipu la tuu.` mmg tuhan tentukan, tapi kita kena rancang..

    ReplyDelete
  3. @ elly

    tgh emo nih! heeheh

    @ Fatin

    Cite btl la kot. Aku amik dr Harian Metro

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...