22 November 2011

Don Don Sushi.

Restoran ni restoran biasa-biasa je.

Bukan restoran 5 bintang.

1/2 bintang pun tak tercapai akal mu.

YAY! Chicken Katsu Don. Ni aku punye :P 
Makanan pun biasa-biasa je. Nak cakap makanan luar biasa melampau sangat rasanya. Sekadar boleh la.. ok la.. boleh di makan..

Teriyaki Chicken Don! Ni dia punye! Dia punye aku punye jugak!

Chicken Katsu Don & Teriyaki Chicken Don 1 set dengan Miso Soup + Green Tea.

Miso Soup ni adalah sup tradisi orang jepun ^^


Hmmm..

Kau nampak tisu kat meja tu?

Nampak tak?

Satu meja makan tokey letak sekeping tisu je.
Dah la aku datang berdua.

 Mula-mula aku fikir tisu tinggal satu sebab ada orang duduk kat meja tu sebelum aku.
Aku pun pergi la meja belakang cari tisu.
Aik?! Meja belakang sehelai tisu gak?
 Aku tak puas hati.

Aku cek semua meja. Ha! semua meja ada sehelai tisu je!
Nak lap sudu sekeping, chopstik sekeping, lap bibir comot sekeping, lap peluh meleleh hirup sup miso sekeping.
Macam mana tu?

Makan jangan menghadap sushi kerana ia menggoda!

Selain menu yang aku order ada juga menu lain seperti :

Black Pepper Chicken Don
Curry Udon
Wakame Udon
Kitsune Udon
 Pelbagai jenis sushi :P

Ni akibat makan menghadap sushi!

Don Don Sushi
27-1, Jalan PJU 1/3F,
Sunway Mas Commercial Centre,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Business Hours:
Daily: 12pm - 9pm
Closed on Saturday

5 comments:

  1. dah lama tak mkn sushi..rindu.

    ReplyDelete
  2. @ Fifiey

    g la sushi king :D

    ReplyDelete
  3. macam besh je. mesti harga pun besh sangat2 nih.ha3.. bajet brape nih?

    ReplyDelete
  4. @ cik_omei

    harga lbh krg rm12 je untuk 1 set :D

    ReplyDelete
  5. Percaya tak, I tak pernah makan sushi..haha
    Suka tgok design blog u, look interesting.
    I follow u. #369

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...