TAK pasal-pasal jadi isu panas. Itulah akibatnya andai cakap tak fikir panjang. Akhirnya pelakon seksi, Jue Aziz terperangkap dengan kenyataan sendiri.
Itulah komen yang diberikan sebahagian besar pemerhati industri hiburan tempatan kepada CAK selepas membaca kenyataan diberikan ekoran tersebar berita membabitkan hubungannya dengan suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan.
Bukan setakat itu saja, ramai yang hairan mengapa Jue menuduh Rita menyebarkan berita hubungan mereka sedangkan pelakon drama Ameera itu hanya mengetahuinya menerusi orang produksi dan laporan akhbar. Teman CAK yang menghubungi Rita membabitkan kenyataan diberikan Jue baru-baru ini berkongsi cerita yang dia berasa hairan mengapa tiba-tiba pelakon itu melepaskan geram terhadapnya sewaktu wartawan mendapatkan kenyataannya bagi pengesahan membabitkan hubungan 'istimewanya' dengan Aidil.
Rita juga jelasnya, tidak pernah menyelar Jue, walaupun cerita mengatakan bahawa pelakon berimej seksi itu mempunyai hubungan dengan Aidil sudah diketahui sejak Mac lalu. Kenyataan keras yang diberikan Jue membuatkan Rita berasa kecewa dan menyifatkan ada antaranya keterlaluan. Bagi pihak Rita sendiri apa yang dinyatakan hanyalah membabitkan diri dan rumah tangganya saja. Apatah lagi kini dia sedang menyelesaikan isu perceraian di mahkamah.
Selepas membaca kenyataan balas diberikan Jue, Rita berasa ada sesuatu yang tidak kena. Jue menjelaskan tidak kenal rapat dengan Aidil tetapi mempunyai nombor pengenalan telefon bimbit BlackBerry pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu. Padanya nombor terbabit boleh dianggap peribadi dan pemilik BlackBerry hanya akan berikan kepada mereka yang benar-benar rapat. Seperkara lagi kata Rita, dia pernah bertanya kepada Aidil sendiri membabitkan hubungannya dengan Jue tetapi suaminya menafikan dan menegaskan tidak pernah mengenali aktres itu. Bagaimanapun kenyataan diberikan Jue adalah sebaliknya sekali gus seakan mengesahkan gosip sedang tersebar luas.
Kenyataan diberikan Jue itu juga turut membuka cerita lain, kerana ada antara teman CAK memberitahu kenalannya pernah terserempak Aidil dan kembarnya bersama Ayu Raudhah dan Jue Aziz di salah sebuah kedai makan di Shah Alam. Perkara itu secara tidak langsung menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka memang saling mengenali.
Sumber : Metro 2 September 2012
No comments:
Post a Comment