21 February 2013

Nasi Katok



Sebut betul-betul ye? Nasi katok bukan nasi katak.

Apa itu nasi katok?

Ok nasi katok ni sangat le famous. Famous?? Kalau famous kenapa aku tak pernah dengar?? Sabar puan-puan. Nasi katok ni sangat famous kat Brunei. Yang pernah pergi Brunei mesti dah angguk kepala laju-laju tanda setuju. Malaysia pula famous dengan Nasi Lemaknya nyummm.

Kenapa dinamakan nasi katok?

Kisahnya bermula di Lambak Kiri, Brunei. Dulu orang-orang Brunei ni bila lapar dia orang ketuk rumah mak cik mak cik yang menjual nasi. Dan bungkusan nasi terus di berikan melalui tingkap/jendela. Ketuk dalam bahasa Brunei ialah katok. Maka terhasil la nasi katok hihi.

Nasi katok mengandungi nasi, ayam goreng dan sambal (sambal belacan kot?) Datang Brunei wajib makan nasi katok tau. Sedap. Air tangan orang Brunei la katakan hehehe. Oh ye dulu ada ayam goreng je tapi sekarang bermacam-macam pilihan lauk pauk :)

Lokasi?

Tak perlu risau ye pakcik-pakcik, masuk negara Brunei je terus boleh nampak papan tanda NASI KATOK DIJUAL DISINI merata-rata-rata-rata tempat. Percaya la pakcik-pakcik. Sekarang ni ramai gila yang jual nasi katok. Dah ada restoran nasi katok 24jam giteww. Rakyat jelata Brunei tak perlu la ketuk rumah penjual nasi lagi kan? Haha.

Harga?

Yay! Murah gila!

B$1 = RM2.50

Hermmpph rindu pulak makan nasi katok :/

9 comments:

  1. ptt le x pnah dengo nc katok ni,rupenya fofular kt brunei..nasib x ngidam..kalo x ,mne nk cari..hee

    ReplyDelete
  2. memang nampak sedap tu..bikin akak lapar pulak nih

    ReplyDelete
  3. murahnnya..kat sisni ayam besor tu je dah 2.50.belum campur nasik lagi..

    ReplyDelete
  4. Owh...gitu kisahnya. Kena gi brunei lah klo nak makan nasi katok ni.

    ReplyDelete
  5. nasi biasa je lah. cuma gelaran nasi tu nasi katok? katok ka kotak? xdpat nak beza huruf tuliasan tu.hehe

    ReplyDelete
  6. org penang pun pnggil ketuk=katok..nsi tu nmpak mcm menarik..

    ReplyDelete
  7. Nanti Dezee g rumah abg kat sana boleh cuba..

    ReplyDelete
  8. eh macam loghat kelantan lak. katok = ketuk. huhu..

    ReplyDelete
  9. haha sya baca nasi katak la

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...