6 August 2013

Petanda Buruk



Masa tengah sibuk mengemas barang untuk dibawa balik ke Sabah tiba-tiba pelita kecik jatuh ke lantai. Pecah berderai. Dah lama kot aku simpan pelita kecik tu. Doorgift comel masa majlis perkahwinan Yuyu Zulaikha dan Ian Firhan . Nak tunjuk gambar tapi usb cable tertinggal kat rumah huahua. Kalau dalam drama Melayu kaca jatuh lantai pecah berderai adalah petanda buruk.

Betul la tu petanda buruk.

Masuk pukul 12 tengah malam aku tak dapat nak lelapkan mata. Biasanya bulan puasa pukul 10 11 malam aku dah dibuai mimpi indah dah. Tapi semalam dekat pukul 2 pagi kot baru aku terlelap T.T

Itu baru satu.

Kedua, time bulan puasa biasanya aku kunci jam pukul 5 pagi dan 7 pagi. Pukul 5 tu dah tentu la untuk bangun bersahur. Pukul 7 pulak bangun untuk pergi kerja. Masa tengah syok tidur tu alarm bunyi. Tengok jam haaaaaaaa pukul 7 dah??!! Apesal bunyi alarm pukul 5 aku tak dengar?? Hoarrghh tak sempat nak sahur T.T

Ketiga, jalanraya lengang je kot tapi nta macam mana aku boleh lewat sampai office!! Lewat 9 minit je tapi tetap dikira lewat jugak kan!!

Keempat, sekarang aku tengah kebulur. Asyik terbayang-bayang KFC snack plate T.T Perut comel jangan gastric ye? T.T


10 comments:

  1. Xde apalah tu jgn pikir yg bukan2... :)
    Alololo sian xbgn sahur ya..kuatkan iman, nnt buka g KFC mkn eh :D

    ReplyDelete
  2. alolo..sbar ya awk..dh ujng2 ni kuat skit!

    ReplyDelete
  3. Kau sama dgn aku bila set time untuk bangun tidur..hahah

    ReplyDelete
  4. slmt hari raya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. kalau tidur lambat mmg bgun pn akan lmbt kan hee normal la tu xdgr bnyi jam loceng hihi

    slmt hari raya..eh smbut raya kan sbb awk puasa?hee

    ReplyDelete
  6. tak ada apa la tu.. mangkuk kaca jtuh 2 biji oke je. mengarut jgk klau fikir psal tu

    ReplyDelete
  7. mengikut org tua2 kalu mcm tu terjadi mmg ada petanda buruk tp taktau la betul ke tidak ye...

    mesti tersalah kunci jam tu...

    ReplyDelete
  8. badan letih sangt kot..tu yang tak dengar alarm jam 5..

    ReplyDelete
  9. xleh percaya sgt..kdg tu kebetulan saje..ehe

    ReplyDelete
  10. kebulur tu kira jugak ke? hehehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...