Showing posts with label Hmmmm... Show all posts
Showing posts with label Hmmmm... Show all posts

Wednesday, August 14

Rumah Pertama, Kedua & Ketigaku

1:52:00 pm 0 Comments

Hi guys!


Bertahun terliur nak beli rumah sendiri haha. Akhirnya tahun lepas tercapai juga hajat haha. I dah beli sebuah rumah kat Sabah. Rumah kampung kampung je. Tapi ok la kan? Ada hartanah sendiri hihi.

Selepas pembelian rumah pertama, tahun ni I beli rumah kedua dan ketiga hahaha. Ok I memang tamak haloba haha. Rumah kedua dan ketiga di Johor. Kedua-dua rumah ni rumah double storey. Beli di Johor tapi tinggal di Selangor hmm amacam ni? Haha. Rumah kat Sabah tu, abang I yang tinggal. Rumah kedua dan ketiga pula I sewakan.

Proses pembelian? Rumah kat Sabah tu proses pembelian senang je. Proses pembelian rumah kedua dan ketiga pula I lantik ejen. So dari A to Z ejen I yang uruskan. I goyang kaki je. Eh tak, I sediakan duit secukupnya je. Hehehe. Makan masa berbulan juga la. Proses pembelian start dari Februari dan Julai I dah start bayar bulanan kat bank.

Yang paling penting dalam urusan pembelian rumah ni bagi I ialah deposit tu haa. Bank takkan bagi pinjaman rumah 100% so kat sini kita ada masa untuk sakit kepala haha. Nanti I ajar la cara macam mana I menabung untuk dapat deposit rumah tu.

Okbai!


Tuesday, February 19

Tourist Guide Asia Scammer?

11:43:00 am 1 Comments

Hola guys!


Seperti yang korang sedia maklum, aku memang seorang yang suka travel. Kalau boleh hidup aku ni aku nak kerja travel kerja travel tu je hahaha. Kalau aku banyak duit semua negara aku nak pergi. Teringin sangat nak pergi Sweden, Italy, Norway T.T

Okay guys, aku tak pasti korang pernah ke tak travel menggunakan pakej dari Tourist Guide Asia (TGA) ni. First time dengar pasal TGA ni pada tahun 2015. Masa tu kawan aku tag aku kat FB TGA pakej Mauritius 5D4N. Tak silap aku pakej tu harga RM3888 untuk 2 orang. Termasuk flight, hotel dan transport. Memang menggoda gila T.T Cuma masa tu aku ragu-ragu. Eh takkan la nak pergi Mauritius murah gitu? Aku pun abaikan je la kawan aku tu hahaha. Lagi pun sebenarnya aku kalau nak travel aku tak minat sangat bercuti tepi-tepi laut ni hehehe. Aku tak suka panassss + hitam legam. 

2 tahun berlalu, akhirnya aku tergoda dengan pakej TGA. Aku beli pakej Turkey 9D6N. Bayangkan harga RM4999 je untuk 2 orang!! Termasuk hotel, tour, flight dan transport! Gila kau tak terliur?! Lepas dah habis bayar instalment, aku senyap je. Aku tak kepoh kat siapa-siapa. Aku tak nak la orang kecam pakej ni tipu bla bla bla hahaha. Hubby aku je tau. Aku pun masih ragu juga sebenarnya masa tu hahaha.

Sebulan sebelum berlepas, TGA email semua e-tiket dan hotel. Wow terkejut bapak aku, naik Emirates wey hehe #jakun. Aku masih ragu masa tu hehe. Aku pun register la Emirates nak tengok betul ke ada seat nama aku. Okay, memang betul. Siap boleh pilih seat hehe #jakun. Cuma satu je aku terlupa, insurance! Staff TGA pun senyap je pasal insurance tu. Nasib baiklah tak jadi apa-apa.

Hari nak berlepas tu, check in berjalan lancar. Okay TGA bukan scammer. Transit 6 jam kat Dubai #jakun. Letih tapi best dan berbaloi.

Sampai Istanbul, driver tunggu kat airport. Aduhai eja nama aku pun tak betol hahaha. Tour guide tu ingat binti tu nama haha. Check in 3 star hotel. Cantik dah bersih. First day tu free and easy.

Banyak kali naik kapal terbang. Istanbul ke Izmir naik Pegasus Airlines. Izmir ke Cappadocia naik Sun Express Airlines. Cappadocia ke Instanbul naik Turkish Airlines. Transport semasa di Istanbul, Izmir dan Cappadocia ialah Mercedes Benz minivan.


Layanan VVIP. FREE breakfast and FREE lunch buffet. Teka teki teka teku, macam mana TGA boleh dapat harga RM4999 untuk semua ni? #onlyTGAknowtheanswer


Malang tak berbau, tahun lepas aku tergoda lagi. Aku beli pakej Western Europe RM9888. Bayar secara installment. Dan tragedi Oktober menimpa TGA. Hmm lebih tepat menimpa aku dan mangsa lain hahaha. Tak tahu dimana silapnya. Semua pakej 2019 telah batalkan kerana TGA dalam siasatan pihak berkuasa. Ramai mangsa termasuk aku tengah berusaha untuk mendapatkan semula duit weolssss T.T #crymeariver

Setakat ni, dianggarkan semua pakej yang telah dibayar oleh mangsa TGA bernilai RM7 juta.


Monday, July 11

American Tourister

4:04:00 pm 0 Comments

Hola!

Luggage is a traveller’s best friend.

Beli luggage besar ni baru hati aku puas kot? Luggage Polo yang aku dah pakai lebih 5 tahun tu dah tercabut roda hahaha. Luggage GARFIELD yang aku redeemed kat Guardian tu pula size 18" je. Travel untuk 2 hari boleh la tapi kalau lebih dari tu kenot kenot -.-' Setiap tahun memang kena travel pon so nak tak nak kena beli juga.




American Tourister Puzzle-Lite Spinner 68/25 ROSE/LIME

Nak beli colour ROSE ke LIME? Dua dua colour yang aku tak minat LOL! Kalau beli ROSE kang hubby pinjam nampak macam mak nyah pulak laki aku tu hahaha. LIME ok kot? Walaupun aku tak minat warna tu T.T


Tuesday, July 5

Hari Raya!

11:13:00 am 0 Comments

Hola!


Uols dah beli baju raya ke? Tahun ni tema apa? Tahun ni raya kat mana?
Raya belah suami ke raya belah isteri? 

Tahun iols raya belah husband. Last year giliran iols so raya this year giliran husband.
Raya dekat KL.

Mama jahitkan baju kurung moden tapi sempit kat dada haha. Nak kata payudara membesar tak juga hahaha. Mama tersalah ukur kot? So tahun ni iols takde baju raya la hehe. Takpe iols tak kisah pun pasal raya ni. Husband pun tak beli baju raya. Sama sama la weols takde baju raya LOL.

Hari ni iols kerja tapi half day la. Saja nak balik awal. Bosan la duduk office bukannya ada kerja pon. Uols mesti dah sampai kampung halaman kan?

Ok la iols nak cakap tu je lolll. Malas la nak minta maaf segala weols bukannya kenal antara satu sama lain pon khennnnnnnnn.. hahaha.

Ciao!


Tuesday, June 21

Kereta Impian

8:46:00 am 0 Comments

Halo!

Rasanya semua orang ada kereta impian. Lain orang lain la citarasanya. Aku minat gila kereta ni. Sebelum ni aku minat si handsome Nissan Murano. Sekarang cinta dah beralih arah ke..



..Range Rover Evoque muahh! Yeahh Range Rover Evoque kereta impian aku. Megah, gagah dan sexy!

Nak beli tapi duit tarak amacam ni hahahahaha.


Monday, June 20

Tory Burch York Small Buckle Tote

12:38:00 pm 0 Comments

Halo?

Ingat tahun ni aku nak beli Longchamp tapi hati berubah pulak haha. Warna handbag tu susah kot nak di sepadankan dengan baju. So tahun ni aku beli Tory Burch York Small Buckle Tote ni je. Longchamp tu tunggu tahun depan je la hahaha.






Exterior

Saffiano leather body
Gold tone hardware
Double adjustable shoulder straps 
Open top 
Designer emblem 

Interior

Fabric lining
1 zipper compartment, 1 zipper pocket, 4 slip pockets
Lobster clasp
Debossed designer label

Gender: Female
Color: Luggage (Designer Colour)
Material: Saffiano Leather

Measurement

Length (at top) 34cm; Length (at base) 12"; Height 8.7" ; Width 5";
Shoulder Strap Drop at max 26cm


Friday, May 6

Longchamp Le Pliage Small Tote

9:19:00 am 0 Comments

Hola!

Nak pakai handbag Hermes, Chanel, Celine, Dior semua tu aku tak mampu. So terpaksa la redha dengan handbag yang mampu beli je hahaha. Kalau mampu beli handbag yang puluh ribu tu silakan beli. Tapi kalau sampai nak loan bank tu tak payah la sayang sayangku. Terima la kenyataan walaupun menyakitkan yang kau tak mampu nak beli. Eh? Menyakitkan ke? Bagi aku tak kot? Hahaha.


Aku jatuh cinta dengan Longchamp Le Pliage Small Tote ni. Oh my god oh my god.. favourite colour aku pulak tu. Favourite colour aku ada dua je. White and Yellow.



Ramai yang kata handbag ni ringan. Tapi tak hairan la sebab handbag ni diperbuat daripada Ultra Lightweight Nylon Canvas. Leather sikit je kat pemegang dan penutup tu. Kalau satu handbag tu leather hoi nah berat.



Longchamp Le Pliage Small Tote Bag
Composition: Other Materials Ultra Lightweight Nylon Canvas
Elements: Leather
Dimensions: 26 X 36 X 14 cm


Friday, February 28

Valentine's Day

11:22:00 am 5 Comments
Hola hola hola!!

Happy Valentine's Day uols!


14 February tu birthday mama (mil) iols. Weols husband and wife ni manede nak celebrate Valentine’s Day tuh. Tak pernah pernah ponnn.

Dari bulan January hari tu iols dok fikir nak hadiahkan apa kat mama. Iols ni kalau bab bab nak bagi hadiah kat orang memang hampeh. Haha! Tak reti la nak bagi apa. Tak pandai nak pilih. Setiap kali nak pilih hadiah.. dia suka ke hadiah yang aku beli ni? Sesuai ke? Cantek ke? Kalau iols pakai memang la cantik tapi kalau dia pakai ngam ke? Dia suka ke warna macam ni.. Arghhhh susah wooo. Last last iols tak beli padahal dah berjam berdiri depan handbag tu. Haha.

Kawan iols kata shopping kat Bandung murah. Handbag yang berjenama murah. Ok ok aku beli kat Bandung je la. Haha. Last last beli kat KL jugekkk haha. Nanti la iols cerita kenapa iols tak beli kat Bandung :D







Iols beli Guess murah ni je la untuk mama. Iols nak beli handbag Guess tapi husband kata tak lawa. Ish. Sebelum sebelum tu iols nak beli DKNY atau CK kat Reebonz tapi penghantaran dalam masa 5 hari. Tu yang malas tu. Dah la weols sampai KL 16 February lepas tu kena tunggu 5 hari lagi. Birthday mama pon dah jauhhh :/

Hmmm tak tahu la mama suka ke tak. Iols bagi hadiah terus pecut masuk bilik. Haha.


Tuesday, August 6

Petanda Buruk

9:26:00 am 8 Comments


Masa tengah sibuk mengemas barang untuk dibawa balik ke Sabah tiba-tiba pelita kecik jatuh ke lantai. Pecah berderai. Dah lama kot aku simpan pelita kecik tu. Doorgift comel masa majlis perkahwinan Yuyu Zulaikha dan Ian. Nak tunjuk gambar tapi usb cable tertinggal kat rumah huahua. Kalau dalam drama Melayu kaca jatuh lantai pecah berderai adalah petanda buruk.

Betul la tu petanda buruk.

Masuk pukul 12 tengah malam aku tak dapat nak lelapkan mata. Biasanya bulan puasa pukul 10 11 malam aku dah dibuai mimpi indah dah. Tapi semalam dekat pukul 2 pagi kot baru aku terlelap T.T

Itu baru satu.

Kedua, time bulan puasa biasanya aku kunci jam pukul 5 pagi dan 7 pagi. Pukul 5 tu dah tentu la untuk bangun bersahur. Pukul 7 pulak bangun untuk pergi kerja. Masa tengah syok tidur tu alarm bunyi. Tengok jam haaaaaaaa pukul 7 dah??!! Apesal bunyi alarm pukul 5 aku tak dengar?? Hoarrghh tak sempat nak sahur T.T

Ketiga, jalanraya lengang je kot tapi nta macam mana aku boleh lewat sampai office!! Lewat 9 minit je tapi tetap dikira lewat jugak kan!!

Keempat, sekarang aku tengah kebulur. Asyik terbayang-bayang KFC snack plate T.T Perut comel jangan gastric ye? T.T


Friday, August 2

Bilik Tidur Idaman

10:29:00 am 7 Comments

Klik gambar untuk pembesaran tahap maksima ^^

Benda-benda bertanda nombor 1 hingga 20 benda yang tak patut berada dalam bilik tidur idamanku. Menyemak aje.

Nombor 4 tu penting juga tapi kena ganti dengan yang segi empat. Aku tak suka bulat. Letak tepi macam cacat tak melekap kat dinding.

Boleh bayangkan rupa bilik idamanku? Lapang je kan? HEHE.

Bilik tidur idaman korang pulak macam mana? Korang boleh la jenguk bilik tidur idaman korang kat SINI :)


Sunday, April 14

Buah Tangan Dari Chiang Mai

12:42:00 pm 15 Comments



Dua minggu lepas mama kite pergi Chiang Mai ^^ Erm mama buifrin sebenarnya. Mama kite kat Sabah HEHE. Mama buifrin yang suruh kite panggil mama. Kite ikut je la cakap mama HIHI. Segan nak panggil mama HIHI. Ohmai macam gedik pulak nak cakap pasal ni haha. Sowy sowy.

Okokok mama belikan kite t-shirt dan kacang gajus hikhik.

Arigato mama muah!


Tuesday, March 26

Eel

11:51:00 am 17 Comments


Nak termuntah aku tengok lauk ni omgomgomgomg. Belut  masak apentah. Bukan aku yang masak. Gambar ni aku 'pinjam' dari blog siapa ntah. Aku tahu belut termasuk dalam kumpulan ikan tapi bagi aku belut adalah ANAK ULAR omgomgomg! Sumpah aku nak termuntah tengok belut dalam pinggan omgomg.


Family aku jenis yang tak makan haiwan yang panjang-panjang camni err. Yang sadisnya aku pernah termakan belut *bluwekkkk*. Masa tu aku tak tahu unagi (bahasa jepun) tu belut omgomg. Kalau aku tahu unagi tu belut sampai mati aku takkan MAKAN unagi T.T Salah orang Jepun la ni bagi nama comel-comel kat belut :/

Hmm aku kena cari perkataan belut dalam bahasa latin bahasa perancis cina dusun kadazan bajau. Pendek kata semua bahasa di dunia :B

Yang suka makan belut tu sorry la k entry ni bukan untuk korang HEHEHHE :x

Monday, March 25

Air Wick

2:54:00 pm 17 Comments

Dah hampir sebulan Air Wick aroma gel white peach ni kat dalam bilik aku. Rasanya ni kali pertama aku cuba brand ni. Komen aku? Hmmm


Aroma white peach ni memang la sodap dan wangi tapi kau kena dekatkan hidung kau dekat gel tu baru kau boleh terhidu bau wangi tu. Eh hidung aku rosak ke? Haha.


Agak kecewa la dengan Air Wick Aroma Gel ni :/ Tamao beli aroma gel brand ni lagi :X

GLADE juga yang paling bagos :B Masuk bilik je terus wangian semerbak masok ke lobang hidung wowww :D Lepas ni nak cuba aroma gel kat Daiso pulak. Macam best. Harga pun RM5 je HEHEHE :D

Monday, February 4

Oakley Crosshair® 2.0

12:18:00 pm 8 Comments

Ehem, yang mana satu nampak HANDSOME?




a,b or c?

http://www.oakley.com

Harga kat Malaysia agak mahal. Paling mahal aku nampak kat luar harga RM1200++. Paling murah RM900++ selepas diskaun. Harga online USD240.

USD1 = RM3.11

Hmm boleh dapat dengan harga RM746.40 la kan?

Aku salah kira ke? hihi.


Wednesday, November 7

Santa B Polo R Club

1:39:00 pm 7 Comments


Pusing satu Midvalley semata-mata nak cari kasut hitam. Mula-mula nampak kasut buaya Crocodile bila cuba nampak macam makcik-makcik le puloks. Lepas tu I cuba U.R.S & inc, comel je tapi macam tak berapa nak selesa. Cari lain. Cuba Sole pulak hmm ok comel + cun + cantik tapi belek-belek ada sedikit kerosakkan. Minta sales girl tukar, sales girl kata last pair. EEEihhh!! Tak jadi beli T.T


Lepas tu cuba Carlo Rino selesa tapi bila masuk kaki nampak kaki I lebih besar dari biasa!! Vincci dengan Nose jual kasut warna pelangi je!! Masuk BATA aduh lagi la takde. Semua kasut makcik-makcik. Tengok jam dah pukul 9.30pm dah. Jap lagi Midvalley TUTUP T.T Masa tu dah nak putus asa nak nangis pun ada HEHE. Buifrin kata kalau takde lain kita beli je Carlo Rino tu T.T



Pusing lagi dan lagi akhirnya dapat kasut ni yey! Kasut ni buifrin yang nampak haha. Tenkiu buifrin :P Beli kasut hitam ni pun sebab terpaksa. Kasut ni ada warna PUTIH (cantik gile warna putih!!!) tapi orang tu kata kasut WAJIB HITAM T.T Siapa orang tu? Rahsia huhu :P



Banyak kasut hitam yang I jumpa tapi semua tak nampak comel. Mungkin sebab I tak suka hitam kot sebab tu la semua I tak berkenan haha. 


Saturday, September 29

Dear Customer

8:49:00 am 0 Comments


Aku susah hati kalau buka laptop lepas tu kat screen keluar mesej ni hehehe. Kejadian ni berlaku waktu pagi sebelum bertolak ke Bukit Gambang Resort City. Lepas balik dari Pahang semua kembali seperti asal. YEY!! Nasib baik dah bayar. Kalau tak bayar tak dapat nak online hehehe.

Monday, September 24

Pekerja 99 Speedmart Yang Cuai

9:24:00 am 2 Comments

Harga sebenar RM12.00++. Dari bulan puasa price tag tak tukar. Mustahil tak nampak.

Aku rajin masuk 99 Speedmart sebab dekat dengan rumah and barang pun murahhhh. Tapi kan barang kat dalam 99 Speedmart amat la terhad. Benda yang aku cari selalu je takde :(

Thursday, August 23

Repair Kasut New Balance

2:01:00 pm 1 Comments


"Pak cik, saya nak gam kasut"

"Kasut ni tak boleh gam. Kena jahit la dik"

"Hmm jahit pak cik cas berapa?"

"RM10 je"

"So kena bayar RM20 la ye untuk sepasang kasut?"

"Eh tak la, RM10 untuk sepasang kasut la. Kiri RM5, kanan RM5"

"Ok la pak cik, pak cik jahit je la. Esok saya datang ambil pukul 1"

"Kalau datang esok, petang ni pak cik buang kasut ni"

"Ha?"

Hey kalau tak pasal nak repair kasut ni jangan harap aku nak keluar dari office tengah matahari betul-betul atas kepala.