Thursday, August 22

The Mortal Instruments : City Of Bones Review


SELASA lepas gilfrin dengan buifrin pergi tengok The Mortal Insturments City Of Bones premiere screening dekat Midvalley Megamall. Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput. Sayang Nuffnang muah muah!! Hihihi.


Genre : Action, Adventure, Fantasy
Running Time : 130 Minutes
Rated : PG13
Release Date in Malaysia : 22 August 2013

Apabila ibu Clary (Lily Collins) hilang, Clary mendapat tahu bahawa dia merupakan keturunan pahlawan-pahlawan Shadowhunter yang melindungi dunia daripada syaitan. Clary menyertai pasukan itu untuk menyelamatkan ibunya.


Pendapat gilfrin?

Best gila!! Cuma satu je gilfrin tak suka. Hero dan heroin tu adik beradik!! Gilfrin ulanggg Clary dan Jace (Jamie Campbell Bower) adalah ADIK BERADIK!! Oh nuuuuu!! Tapi kan gilfrin rasa sekuel yang akan datang City Of Ashes, ibu Clary, Jocelyn (Lena Headey) akan sedar dari tidur dan cakap kat diaorang berdua ni diaorang bukan la adik beradik hehhehehe.

Pendapat buifrin?

Buifrin kata tak best dan merepek gila HAHAHHHA!! Gilfrin perasan gak buifrin menguap 3 4 kali HAHAHHA!! Kesiannnn buifrin terpaksa layan :P

Nama pon filem fantasy mesti la banyak yang merepek. Gilfrin suka suka suka heeee :D

Oh lagi satu aku tak suka serigala jadian tu. Kenapa lemah aje? Serigala jadian patutnya ganas dan kuat. Hmm takpe la kita layankan aje huhuuu.

Rating : ★ 


3 comments:

  1. Anonymous11:46 pm

    Lycan dlm immortal tu baru truely serigala jadian.kuat.

    ReplyDelete
  2. serigala jadian dalam ni tak kuat la dezee :/

    ReplyDelete
  3. tiga bintang je? ok tak excited nak tengok. hehe..

    ReplyDelete