24 February 2014

Cuti Bandung : Taksi

Orang Indon panggil teksi, taksi.

Dari Airport Husein Sastranegara Bandung ke hotel aku dan husband naik teksi :) Bayarannya cuma 50ribu rupiah (RM13.80). Murah aje kan? Dari airport ke hotel mengambil masa lebih kurang 20 - 30 minit.

Sebenarnya masa husband tempah hotel, husband minta teksi hotel datang jemput kat airport sebab kitorang sampai airport malam. Risau takde teksi kang haa terpaksa tidur kat airport. Tapi hampeh takde pon teksi hotel jemput weolsss huaaaaaaa :'(


Nasib baik la kat airport tu banyak teksi. Teksi biru, Blue Bird. Kalau korang nak naik teksi Blue Bird ni korang kena la minta kat kaunter. Kaunter teksi tu berdekatan dengan pintu keluar. Kaunter kecik je. Kalau korang guna teksi dari luar bayarannya 70ribu rupiah (RM19.4).

Masa teksi tengah berhenti kat traffic light tiba-tiba muncul lembaga hitam kat tepi tingkap. Mak ai aii terkejut mak. Dah la gelap gelita, ingatkan hantu rupanya pak cik tu jual air botol. Fuhhh semangat HEHEHEHHE.


4 comments:

  1. tengah2 malam pun ada org jual air tgh jalan? mau tak terkujat.. kekeke..

    ReplyDelete
  2. Hahaha. lembaga hitam ye. Dah la malam kan.

    ReplyDelete
  3. Susahnya sesetengah orang cari rezeki..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...