23 May 2014

[REVIEW] Shopping @ Lazada : Acer Laptop Adapter


Hello guys!

Lama gila nak mampos aku menyepikan diri dari blog comel ni fuhhhh. Nasib baik la tak lupa password blog kahkahkah. Hidup aku takde la busy mana pon. Boleh aje online 24 hours tapi malas pulak nak update blog :P

Aku nak kongsi sikit pasal pengalaman membeli secara online kat Lazada.

Ok ceritanya camni huahua, laptop adapter kawan aku rosak so aku yang baik hati ni tawarkan la diri untuk belikan kat Lazada. Kalau nak harapkan kawan tu beli sendiri puihhh pemalas nak mampos la. Padahal guna hujung jari je pon! Beli online pon malas belum lagi aku suruh pergi kedai! Sampai kiamat pon dia takkan pergi. Aku pon tak tahu spesis jenis apa kawan aku tu. Tak pernah aku jumpa orang pemalas macam tu.

Oh oh berbalik kepada isi penting.

Aku KECEWA dengan Lazada sebab laptop adapter yang sampai kat tangan aku tak ada plug!! Tengok ni uolsss..


Nak cucuk kat mana pon aku tak tahu la. Apa daa Lazada ni :/ Sikit lagi aku nak report kat National Consumer Complaints Centre (NCCC) tapi aku coolkan diri. Relax relaxxxx.

Dalam website Lazada macam ni uolsss..


Aku dah call Lazada tanya mana plug aku uolssss. Customer Service tu minta aku emailkan gambar adapter tu. Lepas aku email, Customer Service tu kata mereka dah minta pembekal hantar plug yang tertinggal tu :D Hmmm takpe la ku tunggu mu datang wahai plug.

Tapi kan uolsss hari ni dah masuk 8 hari menunggu plug tu tak sampai sampai lagi. Darah dah naik kat dahi dah ni hermmppphhh.

NEW UPDATE : Iols dah terima plug tu yay! Thank you Lazada. I love you muahhhhhhhhhhh!!!


3 comments:

  1. rmai bg review xbest psl Lazada ni..tkut nk bli wlaupun well known website..

    ReplyDelete
  2. Kalau untuk org malas xperlu mrh vol..drh tinggi x baik.hahah

    ReplyDelete
  3. la yer ke?habis camne? dah dapat ke plug? lepas berapa hari?

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...