Halo?
Sebelum mama (MIL) berangkat ke Turkey mama pesan kalau ada masa buat la cucur ikan bilis. Aku pun angguk angguk je la.
Masa nak buat cucur tu aku terlupa macam mana mama buat cucur. Mama buat cucur pun sebulan dalam 2 kali macam tu. Tu pun aku tolong kacau cucur dalam kuali je. Tak sempat nak hafal resipi hehe.Oleh kerana aku tak berapa nak yakin nak buat cucur sendiri, aku pun Google je la. Senang kerja aku haha.
Okay puan-puan mari kita intai bahan-bahan untuk cucur ikan bilis yang sedap gila ni haha.
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar olive oil (minyak biasa pun boleh)
5 batang daun bawang
1 cawan ikan bilis
1/2 bawang besar - hiris
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Campur semua bahan dan gaul sekata. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment