26 January 2016

KL - Cameron Highlands


Hola!

Cuti Thaipusam baru-baru ni hubby bawak iols bercuti kat Cameron Highlands. Hubby dah pernah datang sini masa kecil dulu. Kesian iols baru first time datang Cameron Highlands huhuu.

Sebelum memulakan perjalanan hubby singgah kat stesen minyak untuk isi minyak dan isi angin tayar kereta hehe. Minggu lepas hubby dah hantar kereta ke workshop untuk di servis.

Singgah sebentar kat R&R Ladang Bikam untuk menunaikan hajat haha.

Cuaca pun banyak cantik

Bekalan sepanjang perjalanan.

Mengikut tilikan Waze (apps ni uols boleh download kat Play Store) perjalanan dari KL ke Cameron Highlands mengambil masa selama 3 jam. Dari KL weols ikut laluan Tapah. Bayaran toll sebanyak RM19.20 je T.T

Bermula la jalan ular T.T

Waterfall.

Sampai je Pekan Ringlet cepat-cepat iols cari tandas hahaha.




Dah selesai menunaikan hajat weols meneruskan perjalanan ke Tanah Rata Cameron Highlands yang mengambil masa lebih kurang 20 minit T.T


Horayyyyyyy dah sampai Tanah Rata!! Happy gila sebab dah bosan duduk dalam kereta menghadap hutan haha. Angin sejuk tapi cuaca panas. Panas tapi sejuk. Sejuk tapi panas. Faham tak? Hahaha.


Weols sampai Cameron Highlands dalam pukul 11 pagi. Masa tu tak ramai orang. Mesti la pelik yelaa time cuti takkan takde orang bercuti kat Cameron Highlands?? Petang sikit haaa ambik kauuuu dah ramai orang T.T



Kucing sesat kat Cameron Highlands



Nak sewa basikal kat Tanah Rata pun boleh. RM15 je uolssss.. Deposit RM100 :)

Dah habis pusing satu Tanah Rata weols jalan-jalan cari makan. Part yang paling best hahaha. Nak tahu weols makan kat mana?? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu~


0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...