27 January 2016

The Lord's Cafe Cameron Highlands


Hola!


Lepas pusing satu Tanah Rata, aku dan hubby singgah makan dekat The Lord's Cafe. Cafe ni terkenal dengan keenakan scone-nya. Sah-sah la aku nak cuba kan haha.


Cafe ni tak berapa sesuai untuk orang tua sebab kena naik tangga. Takde lift ye hakak-hakak sekalian.


Menu yang dijual disini. Semua harga berpatutan. Papan menu ni diletak di luar The Lord's Cafe. Sebelum masuk cafe ni hakak-hakak boleh la tengok menu-menu kat sini kot kot la tak sesuai dengan anak tekak kannn so takde la buang tenaga panjat tangga hahaha.



SELF SERVICE.
Nak order apa-apa kena tulis sendiri. Dah siap tulis boleh bagi order tu kat kaunter. Nanti bila makanan dah siap staff cafe ni akan panggil guna microphone. Comel haha.


Aku suka cafe ni. Santai je. Kemas dan bersih. Kebanyakkan cafe kat Cameron Highlands ni kotor.


Siap ada buku dan majalah untuk dibaca. Nak baca boleh je lepas baca tu simpan la elok-elok.







The Lord's Cafe berdepan dengan Tanah Rata bus station.



Aku order 2 chicken pie, 2 home-made hash brown, banana + mango lassi dan Malaysian coffee :)


Chicken pie sedap! Hash brown sedap! Lassi and coffee pun sedap!!


Chicken pie wangi dan lembut. Sedapnya T.T Aku tengah taip ni pun rasa lapar pula T.T


Dah habis makan chicken pie and hash brown, hubby order apple pie and scone yang teramat famous ni. Apple pie pun omg sedap gila! Apple padat kat dalam T.T


Scone sedapnyaaaaaaaa!! Kenapa la aku tak terfikir nak tapau scone banyak-banyak bawak balik KL T.T


0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...