19 January 2016

Laser Eye Surgery (Rawatan Lasik)


Hola senor senorita!


Actually dah lama aku nak buat lasik tapi ya ampun takutnya. Takut sangat-sangat. Takut yang tak tercapai akalmu T.T Nak buat lasik dengan Prof Muhaya kat Prince Court Medical Centre (PCMC) tapi mahal sangat la pulak.

KOS RAWATAN LASIK

Prince Court Medical Centre (Kuala Lumpur)
RM6000 - RM8000

Optimax Eye Specialist (Kuala Lumpur)
RM3000++ (customize laser), RM6500 (ReLEX smile)

IIUM Eye Specialist Clinic (Kuantan)
RM3500

Advance Vision (Selangor)
RM2888

Rasa macam pelik je kos rawatan kat Advance Vision tu murah gila. Aku pun google la review daripada beberapa blogger. Ramai yang bagi positive feedback so aku rasa aku memang patut buat lasik kat Advance Vision je la hahaha.


Ada pesakit yang vision terang 100% dan ada juga yang pulih hanya 50% hingga 70% bergantung kepada tahap kesihatan mata seseorang. Bagi aku ni kira nasib la. Dah tertulis takdirnya begitu haha.

Lepas ni aku kena belek calendar nak pilih tarikh sesuai untuk pergi check mata. Nak check tahap kesihatan mata sesuai ke tak sesuai nak buat rawatan lasik. Tak semua orang boleh buat lasik tau.

Harga rawatan lasik pun bergantung dengan ketebalan kornea mata. Kalau kornea mata nipis susah sikit nak buat lasik so harga pun mahal sikit. Harap-harap kornea mata aku tebal la T.T


0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...