21 March 2016

Purradise Cat Cafe TTDI


Hola!

Baru-baru ni bf ajak pergi cat cafe kat Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Aku punya la seronok hehehehe. Dekat Malaysia ni rasanya dah ada 2 cat cafe. Satu kat TTDI dan satu lagi kat Cheras. Maybe ada lebih dari tu kot?

Sebelum ni aku biasa tengok kat Instagram luar negara je. Rasa macam syok je layan kopi sambil main dengan meow tengok telatah meow bulu gebusss awww.




Decoration cat cafe ni simple je. Sesuai la untuk meow meow kan. Kalau deco sarat sangat tak padan la pulak kang habis meow kerjakan.


Ini Garfield.
Persian. Moody je si Garfield ni. Time aku nak sentuh je terus mengamok marah-marah hahahaha!


Tengok tu macam merajuk je hahaha.





Ini Olaff. Meow paling gemok kat sini hahaha. Olaff ni baik je. Kita belai-belai pun tak marah. Kurang aktif maybe sebab badan besar susah nak gerak hhehehe.



Bf cuba ambil hati Garfield tapi Garfield tetap Garfield si moody hahaha.




Itu Fluffy. Sempat la belai sikit. Fluffy tak berapa mesra -.-'


Ini Luna. Kucing biasa. Tidur je kerja si Luna ni. Camne nak kahwin ni ha??


Hujung sana tu Patches. Persian. Patches pun garang boleh tahan -.-'


Ini Mocha. Kucing biasa je.


Ini Pocky. Suka menyorok. Kiranya Pocky ni meow Introvert la. Malas nak bergaul dengan meow lain. Dari aku masuk cafe ni sampai nak balik, Pocky asyik berkurung dalam bakul.

Hmm yang sedihnya cat cafe ni takde Scottish Fold and British Short Hair :(


Enterance fee RM15 seorang dan dapat minuman. Bf pilih air Awesome Pawsome (Mango, Banana, Orange, Oat & Honey) and Kitty on Tree (Banana, Oat, Soy Milk & Honey). Bagi aku sedap tapi bf kata tawar. Dah terbiasa minum manis tu pasal cakap tawar ishh.

Kalau uols nak mai sini kat bawah ni alamat cat cafe ni. Nanti sampaikan salam saya kat meow kat sana ye hehe..


Address

24A (First Floor),
Jalan Tun Mohd Fuad 2,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur

Opening Hours

Closed on Mondays
2pm – 10pm Tuesday – Friday (Kitchen closes at 9.30pm)
11am – 11pm Weekends & Public Holidays (Kitchen closes at 10.30pm)


0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...