26 March 2016

Blood Sugar & Cholesterol


Hola!


Tahun 2008 kali terakhir aku check cholesterol dan blood sugar. Masa tu result cantik. Blood sugar NORMAL. Cholesterol NORMAL. Berat je TAK NORMAL hahaha.

Tahun ni aku risau gila nak check blood sugar and cholesterol. Kenapa? SEBAB lepas kahwin aku rajin gila makan benda manis. Chocolate. Makanan ringan. Fast food. Semua tu aku telan tak kira masa. Dapat pula laki jenis yang kuat makan haaa makan secara berjemaah la kita orang hahaha.

Tahun ni kebetulan office anjurkan Seminar Hari Kesihatan Bersama Institut Jantung Negara (IJN) so aku pun rebut la peluang ni. Aku kalau bab bab kesihatan ni memang aku suka. Dari aku sekolah rendah kawan sebaya baca majalah Mangga aku baca majalah Rapi. Gitu.

Sebelum buat test ni, kita kena puasa. Paling elok makan sebelum pukul 6 petang lepas tu jangan makan sampai esok paginya masa nak test tu. Minum boleh tapi air kosong je la. Manis manis tak boleh ye cik adik manis haha.

Lepas check, yay! Semua NORMAL hehehe. Penting tau jaga cholesterol dan blood sugar ni. Cholesterol tinggi boleh menyebabkan penyakit sakit jantung dan strok. Blood sugar tinggi pula menyebabkan kencing manis. Bahaya na..

Umur dah makin meningkat ni hmmm kena la berjaga-jaga -.-'



0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...