12 November 2016

Cucur Ikan Bilis Comel Belaka


Helo guys!

Resipi ni I nampak my friend share kat Facebook beberapa minggu yang lepas. Masa tu I macam terkejut la (kagum kot?) tengok cucur ikan bilis tu alahaiii comel je bulat-bulat. Kenapa selama ni cucur ikan bilis I leper je eh?? I rasa tercabar la sikit hahaha.

Pagi ni konon-konan nak try la resipi cucur ikan bilis yang bulat-bulat tu. Berjam-jam fikir kawan yang mana satu yang share resipi tu hahaha. Akhirnya I google melalui image.

Fuhh nasib baik la jumpa.


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas (air mendidih)
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 cup ikan bilis *
1/2 cawan kubis atau lobak - hiris halus
Daun sup - hiris halus
Perasa secukup rasa


Cara-cara

Tumbuk lumat bahan bertanda *
Masukkan semua bahan ke dalam tepung gandum. Masukkan air panas ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. Biarkan suam sedikit dan bulat-bulatkan adunan cucur ikan bilis itu.
Kemudian goreng.


Cucur ikan bilis ni rangup di luar lembut di dalam. Sedap sangat! Bahan mudah di cari nak buat pun senang je. Next week nak buat lagi haha!

Adios!




0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...