Friday, January 18

Cinta Mati


Hola!


Orang perempuan memang suka lelaki jahat ke?

Banyak je lelaki baik-baik kat luar sana tapi kenapa perempuan selalu salah pilih lelaki? Contohnya masa bercinta kau dah nampak dah perangai lelaki tu macam syaitonnnn panas baran, kaki pukul, kaki perempuan, kaki maki, kaki ketum tapi kenapa kau masih nak teruskan hubungan tu? Kenapa kau masih nak korbankan diri dalam hubungan yang kau dah memang tahu kau akan terseksa, kenapa? Sebab kau takut kau tak laku? Sebab umur kau dah masuk 30-an tapi masih tak kahwin? Sebab kau tengok orang sekeliling kau semua dah kahwin dah ada anak tapi kau masih zero? Sebab kau dah terlanjur? Sebab tu ke?

Please la wehh jangan sebab semua tu kau nak korbankan hidup kau semata-mata kerana lelaki tak guna. Banyak kesan buruknya, tahu tak? Kau bukan sahaja menyusahkan diri kau tapi kau menyusahkan keluarga kau dan kawan-kawan yang sayangkan kau. Please perempuan tolong jangan jadi bodoh.

Aku tak kisah.

Ya, aku tak kisah kalau kau tersalah pilih lelaki yang hebat berlakon semua anugerah pelakon dia sapu licin. Pandai sembunyikan perangai syaitonnnnnya tu. Lelaki yang jenis lepas kahwin baru kau tahu lelaki tu syaitonnn bertopengkan manusia. Haaa itu lain cerita la. Tapi jangan la jadi bodoh selamanya! Tahun pertama kedua dah jadi punching bag tapi bertahan. Konon dugaan berumahtangga. Shit.

Pelik.

Aku rasa pelik dengan perempuan yang sengaja butakan mata. Nak sangat jadi Kassim Selamat. Masa bercinta, bertunang kau dah kena sepak terajang tapi masih juga nak teruskan hubungan tu ke arah perkahwinan. Kadang mak bapak kau dah tahu bakal bakal suami kau tu syaitonnnn, bila dihalang haa mula la kau buat drama. Konon cinta mati dihalang oleh orang tua. Sanggup membelakangkan mak bapak yang besarkan kau tatang kau bagai minyak yang penuh. Dugaan masa bercinta la konon kau cakap LOL.

Eh sial la.

Kau kata "Ala lepas kahwin nanti dia berubah la" Eh bodoh, kau ingat perkahwinan ni silap mata ke apa? Kahwin hari ni esok dah berubah jadi malaikat? Ramai je aku nampak lelaki syaitonnn macam tu tak berubah sampai mati. Dah nazak pun sempat lagi nak maki hamun anak bini. Kau nak ke hidup dengan lelaki macam tu?

Takdir.

Bila perkahwinan kau tak sebahagia seperti drama TV3 pukul 7 malam, kau salahkan takdir. Bagi aku hidup ni sentiasa ada pilihan. Kau boleh pilih yang baik atau jahat. Lain la perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Alasan ni aku boleh terima. Heh.

Please la wahai perempuan otak tu biar cerdik sikit.


1 comment:

  1. Anonymous8:28 pm

    Saya setuju. perempuan ni ada jiawa lembut hati. walaupun dah tahu dilukai tapi masih nak bertahan. Itulah kenapa perempuan lebih banyak ada masalah deppresion. Saya pernah macam ni, terlalu baik tapi masa lalu mengajar saya supaya bijak memilih lelaki ~ Perempuan kena ada tool awal2. sebab perkhawinan ni tak sama macam awak ckp, dalam tv3. Jauh sekali realiti dengan fantasi tv

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete