Wednesday, August 14

Rumah Pertama, Kedua & Ketigaku


Hi guys!


Bertahun terliur nak beli rumah sendiri haha. Akhirnya tahun lepas tercapai juga hajat haha. I dah beli sebuah rumah kat Sabah. Rumah kampung kampung je. Tapi ok la kan? Ada hartanah sendiri hihi.

Selepas pembelian rumah pertama, tahun ni I beli rumah kedua dan ketiga hahaha. Ok I memang tamak haloba haha. Rumah kedua dan ketiga di Johor. Kedua-dua rumah ni rumah double storey. Beli di Johor tapi tinggal di Selangor hmm amacam ni? Haha. Rumah kat Sabah tu, abang I yang tinggal. Rumah kedua dan ketiga pula I sewakan.

Proses pembelian? Rumah kat Sabah tu proses pembelian senang je. Proses pembelian rumah kedua dan ketiga pula I lantik ejen. So dari A to Z ejen I yang uruskan. I goyang kaki je. Eh tak, I sediakan duit secukupnya je. Hehehe. Makan masa berbulan juga la. Proses pembelian start dari Februari dan Julai I dah start bayar bulanan kat bank.

Yang paling penting dalam urusan pembelian rumah ni bagi I ialah deposit tu haa. Bank takkan bagi pinjaman rumah 100% so kat sini kita ada masa untuk sakit kepala haha. Nanti I ajar la cara macam mana I menabung untuk dapat deposit rumah tu.

Okbai!


No comments:

Post a Comment