Monday, July 12

Moratarium: Perlu atau Tidak?


Hola guys!


Isu hangat sekarang, MORATARIUM.

Nak ambil ke tak? Haha.

Macam I, I ada 3 loan. Dua loan untuk dua buah rumah dan satu loan untuk ASB. Masa pandemic ni pendapatan I tak terjejas. Gaji I jalan je macam biasa walaupun I work from home (wfh) sejak first PKP. Bila dah start wfh, banyak juga jimat kat situ. Petrol, duit belanja semua pun jadi jimat. So perlu ke I ambil moratarium?

Siapa yang layak untuk ambil moratarium? Semua orang. Tapi kena mohon dulu baru la bank akan luluskan. Biasanya permohonan confirm akan lulus.

Ok I ada dengar pasal moratarium ni dari seorang yang pakar dalam investment. I ambil note sikit kat bawah tu.


Siapa yang perlu ambil moratarium?

Korang yang tidak ada savings untuk 6 bulan.

Korang yang kerja berisiko tinggi untuk diberhentikan, dibuang, bekerja dengan company tak boleh nak hidup lama dalam tempoh pandemic ni.

Korang yang ada ilmu dalam investment. Orang macam ni jenis yang contohnya dapat kumpul duit moratarium RM10K tapi dia boleh gandakan duit tu jadi RM30K – RM50K.


Siapa yang tidak perlu ambil moratarium?


Tidak ada masalah untuk membayar loan sepanjang pandemic ni.

Korang yang ada sumber kewangan yang kukuh. Savings dah sampai RM30K keatas.

Korang yang cepat terpengaruh dengan skim cepat kaya. Dapat moratarium RM10K kemudian duit tu habis begitu sahaja.

I sebenarnya macam nak ambil je moratarium tu. Duit tu dapat la dalam RM16K so I nak masuk terus dalam ASB. Dapat la I dividen lebih sikit. Tapi bila fikir balik, tempoh matang loan I tu akan bertambah 12 ke 24 bulan, hati berbelah-belah pula hahaha. Macam I tak mampu pula nak gandakan RM16K tu ke RM50K hahahaha. So I tak jadi ambil moratarium.

Korangz ambil tak moratarium tu? 

1 comment:

  1. mula2 fikir mcm nk amek.. tp xamek memandangkan kete pon skit lg nk abs byr.. haha

    ReplyDelete