3 May 2012

Okonomiyaki Takoyaki.


Okonomiyaki & Takoyaki :)














Ini dia Okonomiyaki atau di kenali sebagai Japanese Pizza. Kira favourite food gak ni heh. Aku beli satu okonomiyaki udang dan satu lagi Okonomiyaki sotong. Yang bebola tu Takoyaki. Lapar punya pasal aku beli dua Takoyaki, satu abalone dan satu lagi octopus :D

Takoyaki :)

Resipi Takoyaki.

Bahan-bahan ( 30 biji )

1 cawan tepung gandum
300ml air
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam
Daun bawang & kobis diracik halus
Bahan inti :
Tako (Boleh beli siap kat Jusco)

Bahan hiasan
 
Seaweed
Fish Flakes
Mayonis
Sos Takoyaki

Cara-cara
  1. Campur semua bahan untuk tepung. Pastikan ia tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Cair sikit je dari adunan jemput-jemput.
  2. Panaskan acuan takoyaki dengan sedikit minyak (boleh guna acuan kuih cara bentuk bujur)
  3. Tuangkan adunan 3/4 penuh dalam dalam setiap acuan. Kemudian masukkan tako dan tunggu kejap sampai bahagian bawahnya masak.
  4. Gunakan lidi untuk terbalikkan takoyaki supaya masak pada kedua2 bahagian atas dan bawah.
  5. Keluarkan takoyaki yang siap dimasak. Taburkan seaweed , fishflakes, sos & mayonis. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan panas-panas!!

     SELAMAT MENCUBA :D

1 comment:

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...