13 August 2012

Egg Pie / Egg Tart


Ni kali kedua aku buat egg tart. Crust kali ni nipis tak macam crust sebelum ni fuh tebal. Tapi takpe masa tu first time egg pie (bukan gambar kat atas ye tapi gambar bawah sekali) biasa la first time buat mesti ada yang tak kena hehehe. Resipi ni sangat simple dan mudah dan sangat sesuai untuk sesiapa yang pertama kali mencuba. Gerenti jadi! :) Lepas ni tak payah beli egg tart kat kedai. Biasa kat kedai jual RM2 sebiji. Buat eeg tart sendiri and boleh makan sampai pitam haha!


Bahan untuk crust :

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter
2 biji telur

Bahan untuk filling : 

1 cawan susu cair
4 biji telur
½ cawan gula halus (tambah kalau nak manis)
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence

Cara-cara untuk buat crust :

Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer/guna tgn pun boleh. Kemudia masukkan butter. Sebatikan. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.


Cara-cara untuk buat filling :

Pukul gula dan telur. Masukkan semua bahan yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati. Kemudian tekan-tekan nipis doh ke dalam bekas tart/pie (kalau crust tebal tak comel macam egg pie kat bawah). Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart/pie yang diletakkan doh tadi. Bakar dalam oven 180c 25min.

My first egg pie. Crust setebal filling. Sungguh tak comel -.-'

1 comment:

  1. pandainya buat...nampak sedapnya...huhuu

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...