6 December 2012

Lagenda Budak Setan 2 Membosankan


Sesuai jadi pontianak je :P

Korang tengok tak Lagenda Budak Setan 2? Aku tak tengok :P Aku tak suka lakonan Maya Karin. Bagi aku kalau filem ada Maya Karin mesti hancur punyee wek wekk :P
Filem sekuel Lagenda Budak Setan ini menyedihkan. Sedih kerana jalan cerita dan sedih kerana perjalanan filem ini yang terlalu perlahan.

Filem arahan Sharad Sharan ini menggunakan tragedi untuk mengumpan penonton bagaimanapun ia kelihatan lemau. Tragedi demi tragedi yang berlaku hasil adaptasi daripada novel Ahadiat Akasyah ini tidak diletakkan dalam mood dan perjalanan yang tepat.

Filem ini agak lembap sehingga merimaskan. Daripada sudut lakonan, baik Farid Kamil mahupun Maya Karin serta Bront Palarae, mereka membawakan karakter dalam fasa yang sudah dijangkakan. Filem ini sebenarnya diselamatkan oleh kanak-kanak kecil bernama Athirah. Kehadirannya membuatkan filem itu mahu ditonton sehingga habis.
Sumber : Kosmo :P

12 comments:

  1. sememangny xbest! letih nk tggu abis..

    ReplyDelete
  2. hubby akak pn x suke maya karin..die kate tak pandai berlakon..heee..akak neutral je =p x penah minat pn filem lagenda bdak setan ni..citer die cm ngade sgt je..

    ReplyDelete
  3. tak tengok. tgk iklan pun mcm tak menarik je. huhu..

    ReplyDelete
  4. wak sukak maya karin.. iiHHkks

    ReplyDelete
  5. hurmmm ingat nak tgk weekend nie kat astro first...

    ReplyDelete
  6. seperti yg dijangka Shalee..
    tgk highlight dye pun da dpt agak...

    ReplyDelete
  7. wow,cmtu skali review kosmo? huhu..tp lagenda budak setan 1 pn cm bese2 gak bg sy lah..bukan filem yg sy mnat lah agaknya :)

    ReplyDelete
  8. athirah plak overshadow maya karin hehehe

    ReplyDelete
  9. dah agak dah. eh, tp tak tengok pun lagi. haha

    ReplyDelete
  10. Uishhh yer ker? Baru ingat nak pergi tengok sementara ada di Malaysia. Tapi pelik la, awatlah Maya Karin jadi heroin, masa LBS yang first dulu dah elok dah Fazura..frust sungguh

    ReplyDelete
  11. sepatutnya cerita ni best sbb novel dia best..

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...