5 December 2012

Kacang Kuda Pedas Manis









Bahan-bahan
500 gm kacang kuda
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
10 tangkai cili kering-rebus sekejap
 1 tangkai daun kari
Gula melaka secukupnya
Garam secukup rasa

Cara-cara
Cuci bersih dan rendam selama sejam. Kacang kuda dimasak dengan menggunakan pressure cooker hingga empuk. Jangan lupa letakkan sedikit garam. Sementara tu blend bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga halus. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang di kisar tadi hingga masak dan wangi. Masukkan garam, gula melaka dan sedikit air asam jawa dan masak lagi hingga pekat. Toskan kacang kuda yang direbus tadi dan masukkan kedalam bahan tumis dan kacau hingga rata. Masukkan daun kari dan gaul lagi hingga sekata. Siap untuk dihidangkan.



11 comments:

  1. xpernah makan yg pedas.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Buat sendiri ker ni sis?

    Hari ni ada pasar malam. Nak belilah ☺☺

    ReplyDelete
  3. haha..tertipu makcik.. =p beriye bebeno akak membacanya..

    ReplyDelete
  4. bru nk puji rjin..tarik blikla..ehehe..

    ReplyDelete
  5. resepi baru nih. selalu makan yg masin tu je. huhu..

    ReplyDelete
  6. chemay tak makan kacang kuda.
    dari kecik lagi.
    tatau lah kenapa.
    T___T

    ReplyDelete
  7. selalu makan kacang kuda macam tu je. tak ada perisa perisa pun oo.

    ReplyDelete
  8. arghh, lama dah tak makan kacang kuda
    dulu, selalu je beli kalau pi funfair/pasar malam

    ReplyDelete
  9. sedapnya..dah lama tak makan kacang kuda mcm ni

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...