Monday, June 3

Kau Tahu Apa Itu Aurora?


Halo?

Kawan aku, Oni, yang tanya soalan tu. Aku jawab la pernah dengar nama Aurora Salwa je. HEHE.

Aku tanya Oni, kenapa dengan aurora tu? Oni kata 'Eleh itu pon kau tak tahu. Kau google sekarang. SEKARANG'.

Dengan penuh curios aku taip

a u r o r a

Maka keluar la gambar-gambar yang menakjubkan seperti dibawah.





'Ala gambar photoshop je ni. Edit-edit kan?'

'Kau buka aurora wiki sekarang. SEKARANG!'.

Aku pun baca aurora wiki hmmm..

Aurora adalah fenomena alam yang menyerupai pancaran cahaya yang menyala-nyala pada lapisan ionosfera dari sebuah planet sebagai akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh Matahari.

Di bumi, aurora terjadi di kutub Utara dan kutub Selatan.

Aurora yang terjadi disebelah Utara dikenali dengan nama Aurora Borealis, dinamakan sempena Dewi Fajar Rom, Aurora. Di Eropah, aurora sering kelihatan kemerah-merahan. Aurora borealis selalu terjadi di antara September dan Oktober dan March dan April.

Fenomena aurora di sebelah Selatan pula dikenali dengan nama Aurora Australis mempunyai sifat-sifat yang serupa.

Menakjubkan sungguh aurora ni kan? Aku baru tahu kewujudan aurora ni hahahahaa! Apesal Cikgu Georafi dulu tak cakap pun pasal aurora yang cantik ni?? Cikgu pun tak tahu kot tentang fenomena aurora ni? HEHEHE.


7 comments:

  1. rasanya ye la...cikgu pun tak tau :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:35 pm

    Aurora tu bukan lagu band estranged ke? Auroauroarora...cuba google lirik dia lak.

    ReplyDelete
  3. Hahaha..artis pun dh letak nama anak guna fenomena alam nie.

    ReplyDelete
  4. lagu aurora estraged :)

    ReplyDelete
  5. dulu2 cikgu taktau sbb xde google lg kot...hehe tp cantiklah fenomena ni

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:55 pm

    aurora... pecahan bintang yang cantik...

    dulu aku pingin sangat nak namakan anak anak aku aurora...

    kan org islam digalakkan beri nama anak dalam arabic.

    aurora dalam bahasa greek.

    melepas la saye

    :)

    ReplyDelete
  7. kalau tanya saya.. yg saya tau aurora lagu estranged je. hihi..

    ohhh fenomena alam rupanya..

    ReplyDelete