Thursday, September 5

Adi Putra Disiasat Dakwaan Skandal Dengan Isteri Ahli Perniagaan



Ini berita paling panas yang akan menjadi bualan ramai untuk beberapa minggu yang akan datang. Seorang ahli perniagaan membuat laporan polis terhadap Adi Putra mendakwa pelakon itu ada hubungan sulit dengan isterinya.

Ahli perniagaan berkenaan berbuat demikian selepas dia mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental hingga menyebabkan hubungan dirinya dengan isteri terjejas sehingga dia bertengkar hampir setiap hari.

Skandal itu terbongkar apabila ahli perniagaan berkenaan menyemak telefon bimbit milik isterinya pada 7 Ogos lalu apabila terdapat SMS, Instagram dan WhatsApp artis berkenaan yang antara lain mengandungi kata-kata dan gambar lucah termasuk gambar lucah pelakon berkenaan. Adi Putra dan wanita itu di’fahamkan baru sahaja seminggu berkenalan.

Menurut sumber, Adi Putra dan wanita itu mengaku yang berbalas mesej selain bertukar tukar gambar lucah sejak 29 Julai hingga 5 Ogos yang lalu dengan alasan untuk suka suka & mereka tidak pernah berjumpa selama ini.

Laporan Berita Harian hari ini juga menyebut yang Adi Putra turut membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur mendakwa di’ugut lelaki yang mengaku suami peminat wanitanya.
Adi Putra mendakwa menerima panggilan dari lelaki itu pada 7 Ogos yang lalu & menerima ugutan akan menghancurkan kerjayanya sebagai pelakon, selain mahu memastikan Adi Putra di’halau keluar dari Malaysia.

SUMBER : RotiKaya

Aku ingatkan pelakon tu suami Lisdawati, Fauzi Nawawi hehehe. Hmmm pasal kes Adi Putra ni kita tak tahu la betul ke tak. So baik kita diam-diam je sebab kes ni pon masih dalam siasatan ;)


6 comments:

  1. laa pulak dah.. byk kontroversi betul kalau org hensem nih. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. handsome lagi vin diesel kot? :P

      Delete
  2. La.. Rugi betul la lakonan dah mantap, ruapa ada tapi kena kontroversi macam ni. tak nak ulas lebih-lebih.

    ReplyDelete
  3. kontroversi mmg akn sntsa ada..so nk jd artis mmg kna kuat..

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:32 pm

    Jai..

    ReplyDelete