5 September 2013

Riddick Review



Genre : Action, Sci-Fi, Thriller
Running Time : 116 Minutes
Rated : 18
Release Date In Malaysia : 5 September 2013

Richard B. Riddick (Vin Diesel) menentang binatang makhluk asing dan menjadi lebih berkuasa dan berbahaya setelah dikhianati puaknya sendiri yang mana sebelumnya dia dibiarkan untuk mati di planet terpencil. Banyak pemburu upahan dari seluruh galaksi menentang Riddick tetapi mereka cuma mainan dalam rancangan Riddick untuk membalas dendam. Apabila musuhnya berada di mana dia hendaki, Riddick melancarkan serangan ganas sebelum kembali ke planet asalnya untuk menyelamatkan planet tersebut dari kemusnahan.

Komen aku?
 
Okeh, berlatarbelakangkan hmmm sebuah planet yang tidak dikenali. Dah sah-sah la bukan bumi. Riddick seorang je kat planet tu. Okeh Riddick sorang. Kenapa Riddick di planet tu? Kenapa dia seorang diri? Kenapa mata Riddick bersinar macam mentol lampu? Riddick bukan manusia biasa ke? Banyak soalan yang muncul dalam kepala aku. Aku sabar je la sebab aku pasti setiap persoalan tu akan terjawab jugak. Banyak binatang buas menyerang Riddick. Kerja Riddick asyik berlawan dengan binatang buas je. Pada mulanya la hehe.

Hmmm


Riddick terkenang balik kisah hidupnya sebelum ni. Apa yang aku nampak ialah Riddick ditabalkan menjadi raja. Oh ok. Riddick seorang raja yang nak pergi ke planet Furya tetapi Riddick dikhianati dan dihantar ke planet lain hmm planet yang dia duduk sekarang ni la. Planet tak ada nama, yang ada cuma binatang buas. Daripada pemerhatian aku persekitaran planet tu macam planet Marikh tapi bukan planet Marikh sebab Riddick pun tak tahu nama planet tu. Okeh itu je maklumat yang aku dapat dari kisah lampau Riddick.

Tak lama lepas tu muncul sebuah kapal angkasa. Hmm dari yang aku lihat cara mereka berpakaian macam manusia dari planet bumi. Berbeza sekali daripada manusia dari planet asal Riddick. Okeh, apa yang dapat aku simpulkan ialah Riddick dan Santana (Jordi Molla) serta krewnya datang dari planet yang berbeza. Santana sedaya upaya cuba membunuh Riddick.

Dannn tiba-tiba muncul lagi sebuah kapal angkasa. Pakai sut cantik macam dalam cerita Star Trek. Kelihatan seperti manusia dari planet yang dah maju gila-gila. Dan sekali lagi aku membuat kesimpulan Riddick, Santana (dan krewnya) dan Johns (Matt Nable) serta Dahl (Katee Sackhoff) dan Diaz (Dave Bautista) datang dari planet yang berbeza. So dalam cerita ni ada 4 planet. Haha. Mereka ni pun sibuk nak buru si Riddick ni. Masalahnya ialah aku tak faham kenapa mereka semua buru Riddick. Terasa macam bebal pulak aku ni.

Lepas sejam aku tengok, hei apeni kenapa susah sangat nak faham?? Aku mula ganggu buifrin. Tanya macam-macam. Buifrin cakap tengok je la dulu. Sentap iols :’(

Aku mula hilang sabar bila Johns tanya kat Riddick tentang anaknya. Hoi ape ni? Tetiba tanya pasal anak padahal dari awal sampai la nak habis Riddick duduk sorang je kot kat planet yang takde nama tu. Omg.

Dah tengok sampai habis pun aku tak faham wakakkekwkkakwakhah!! Semua persoalan yang muncul dalam hotak aku sikit pun tak terjawab. Nak tahu kenapa? Sebab sebelum tengok Riddick ni, iols dan uols WAJIB tengok The Chronicles Of Riddick dan Pitch Black huhuuuuuuuuuuuuuuu.. So yang tak tengok The Chronicles Of Riddick dan Pitch Black tu toksah nak berangan tengok Riddick. Uols takkan faham punye. Macam aku T.T


Terima kasih kepada Nuffnang muahh kerana sudi menjempot!! Minggu depan jemput saya tengok About Time pulak ye? HEHEHEHE

Rating? Takde bintang untuk Riddick sebab aku tak faham satu benda pon T.T


5 comments:

  1. dah baca sampai habis pun tak faham jugak.. heheh.. complicatednya muvee ni..

    ReplyDelete
  2. Memang kaki wayang betul la. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dapat free tengok je la HEHE

      Delete
  3. Pernah tgk riddick dulu..biasa jer..so yg ni mls la nk tgk.mls...mls..mlssssssss.hahaha.

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...