Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Thursday, March 13

Terserempak Dengan Yuyu Zulaikha

12:24:00 pm 4 Comments

Labor Day dan The Second Coming premiere screening pun I dapat jemputan daripada Nuffnang. Hehe. Arigato Nuffnang!


Okok nak review sikit pasal The Second Coming erm bagi I seram la siap tutup tutup mata tapi cerita tak berapa nak best. Cerita tu mengarut sangat. Buifrin asyik menguap je. Kesian. Haha. I bagi 1/5 bintang :D


Labor Day pulak erm ok la tak bosan. Kate Winslet santek wooo. Dah tua tua pon tapi tetap santek. Body pon santek. Tak suka pelakon lelaki tu tak handsome. Hahaha. I bagi 2.5/5 :D

Ohhh masa nak masuk Hall 11 tu I terpandang sorang mamat ni. Eh macam kenal je? Handsome. Siapa ye? Siapa ye? Lepas tu terpandang perempuan kat tepi mamat tu. Astagaaaaa patut la macam kenal je. Rupa rupanya si comel Yuyu Zulaikha!! Haha.

Sebenarnya I tak sangka Yuyu sekecik tu. I rasa kekecilan badan Yuyu tu macam saiz I masa darjah empat. Betul la kata orang, perempuan berbadan kecik ni awet muda dan sentiasa nampak comel. Macam Yuyu tu la. Comel je. Rasa nak cakap hai Yuyu tahniah tak lama lagi nak jadi mama. Tapi segan ah. Hahaaha!


Friday, December 20

47 Ronin Review

10:40:00 am 4 Comments

 

Genre : Action, Adventure, Fantasy
Running Time : 119 Minutes
Rated : PG13

Filem terbaru berjudul 47 Ronin arahan Carl Rinsch ini merupakan sebuah lagenda Jepun pada abad ke-18.

Mengikut sejarah, 47 Ronin adalah sebuah cerita klasik yang mengisahkan tentang sekumpulan samurai yang ingin membalas dendam selepas sifu mereka mati di tangan pemerintah kejam.

Menerusi filemnya pula, kisah penuh dendam ini bermula apabila Kai (Keanu Reeves) menyertai kumpulan Ronin diketuai oleh Kuranosuke Oishi (Hiroyuki Sanada) untuk menghapuskan Lord Kira (Tadanobu Asano) yang tidak berperikemanusiaan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Kai bersama Ronin yang lain sewaktu memburu Lord Kira dan hanya pahlawan sejati sahaja yang mampu mengalahkan kekuasaan pemerintah zalim itu.



Bagi aku cerita ni best sangat. Lain dari yang lain. Orang Jepun kan terkenal dengan sikap yang amat berdisiplin dan ketaatan yang tak berbelah bagi kepada pemerintah. Memang taat gila-gila la! Terselit juga sedikit kisah cinta. Hmmm kisah cinta yang menyedihkan antara Kai dengan Mika (Kô Shibasaki) kerana perbezaan darjat. Sobsob.

Cuma satu je yang tak kena. Dalam cerita ni semua orang Jepun bercakap bahasa Inggeris. Kalau semua pelakon cakap bahasa Jepun lagi meletop kot. Nak juga dengar buifrin kesayangan aku si Keanu Reeves tu cakap Jepun ahhahaha!

Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput saya dan husband untuk menonton 47 Ronin premiere screening! Muah!!!!!!!


Friday, December 13

The Hobbit : The Desolation Of Smaug Review

2:28:00 pm 3 Comments
Movie review pertama selepas bergelar isteri hikhik :P


Rated : P13
Genre : Action, Fantasy, Adventure 
Running Time : 161 minutes

The Hobbit : The Desolation Of Smaug meneruskan kesinambungan pengembaraan Wizard Gandalf dan 13 orang kerdil (Dwarves) yang diketuai oleh Thorin Oakenshield dalam usaha untuk menuntut semula Lonely Mountain. Mereka terpaksa menempuhi pelbagai halangan dan bahaya terbesar ialah The Dragon Smaug.

Bagi aku cerita kali ni lebih menarik dari The Hobbit : An Unexpected Journey (2013). Cuma satu je aku tak puas hati.. hmmm ending dia mesti tergantung. Masa Smaug terbang ke arah perkampungan tu tetiba je habis. Dekat 3 jam wei layan cerita ni tapi putus macam tu je. Memang hampeh.

Oh ye Smaug akan menyerang panggung wayang bermula hari ni. Terima kasih kepada Nuffnang sudi menjemput saya dan husband untuk menyaksikan The Hobbit The Desolation of Smaug preview screening.

Kawan aku kata nak tengok Hobbit sebab suara Smaug tu suara Benedict Cumberbatch. Husband pulak kata rupa Benedict Cumberbatch sebiji macam Smaug haha.

Rating : 3.5/5

posted from Bloggeroid



Monday, October 28

Nuffnang #GSCHorrorFest

11:07:00 am 13 Comments

Sabtu baru-baru ni aku menyertai satu event Nuffnang iaitu #GSCHorrorFest movie marathon bertempat di GSC One Utama dari pukul 6 petang hingga 2 pagi. Antara filem yang di pertontonkan pada malam itu ialah Rigor Mortis, The Second Sight dan Insidious 2.

Pertama kali dalam hidup aku menyertai movie marathon seperti ni. Nuffnang telah menjemput seramai 150 orang blogger. Ya, 150 orang. Ramai bukan? Oh jumlah itu belum termasuk blogger yang dijemput oleh ChurpChurp. Meriah siot.

Antara blogger yang famous amos pada malam itu ialah Jejari Runcing. Kenal kan bekas kekasih Apex tu? Alaa pemain bola sepak tu ha sekarang dah jadi suami si cantik manis Leuniey :) Aku tak minat Jejari Runcing so bila terserempak dengan Jejari Runcing aku buat tak tahu aje HEHEHE.

Dress code pada malam itu bertemakan Halloween. Malam tu aku pakai costume ahli sihir mulut berdarah dahi berjahit. Buifrin pulak pakai costume Spiderman. Gempak wei gempak gempak! Ok tipu aje. Aku dengan buifrin pakai macam biasa aje hikhikhik.











Keseluruhannya aku amat berpuas hati dengan #GSCHorrorFest movie marathon pada malam itu. Arigato gozaimas Nuffnang! Oh ye malam tu aku dapat couple seat kat belakang sekali. Tak sia-sia aku datang awal huahuahua. Aku cuma sempat tengok Rigor Mortis dan The Second Sight. Merepek gila jalan ceritanya. Insidious 2 tu pulak aku tertidur. Bukan bosan tapi mengantuk tak tahan sebab dah tengah malam. Movie marathon la sangat huhuu.

Berkenaan dengan movie review pulak hmmm aku dah malas nak buat review wei. Movie review untuk About Time, Runner Runner, Gravity, Cloudy With A Chance Of Meatballs dan Odd Thomas pon aku malas nak buat. Ini kan pulak movie review untuk Rigor Mortis, The Second Sight dan Insidious 2 huahuahua. Malas sebab mood nak kahwin kot? HEHEHEH.


Wednesday, September 11

The Internship Review

5:48:00 pm 5 Comments


Rated : P13
Genre : Comedy
Running Time : 119 Minutes
Release Date In Malaysia : 12 September 2013

THE INTERNSHIP dibintangi oleh Owen Wilson sebagai Nick Campbell dan Vince Vaughn sebagai Billy McMahon. Kerjaya mereka sebagai jurujual yang telah musnah akibat dunia digital. Mereka cuba untuk membuktikan mereka masih berguna dengan membuktikan mereka adalah calon yang diperlukan oleh Google. Mereka terpaksa bersaing dengan sekumpulan remaja genius dan celik teknologi.


Pendapat aku?

Ok ok la. Tak membosankan. Agak kelakar. Rupa Vince Vaughn tu macam rupa buifrin punya bff hehe.

Tengok kali kedua?

Hmm rasanya tengok sekali pon dah cukup. Hehe. Terima kasih Nuffnang muah!!

Rating : ★ 

p.s. wow aku tak dapat jemputan dari Nuffnang untuk menyaksikan Prisoner premiere screening :'(


Thursday, September 5

Riddick Review

2:28:00 pm 5 Comments


Genre : Action, Sci-Fi, Thriller
Running Time : 116 Minutes
Rated : 18
Release Date In Malaysia : 5 September 2013

Richard B. Riddick (Vin Diesel) menentang binatang makhluk asing dan menjadi lebih berkuasa dan berbahaya setelah dikhianati puaknya sendiri yang mana sebelumnya dia dibiarkan untuk mati di planet terpencil. Banyak pemburu upahan dari seluruh galaksi menentang Riddick tetapi mereka cuma mainan dalam rancangan Riddick untuk membalas dendam. Apabila musuhnya berada di mana dia hendaki, Riddick melancarkan serangan ganas sebelum kembali ke planet asalnya untuk menyelamatkan planet tersebut dari kemusnahan.

Komen aku?
 
Okeh, berlatarbelakangkan hmmm sebuah planet yang tidak dikenali. Dah sah-sah la bukan bumi. Riddick seorang je kat planet tu. Okeh Riddick sorang. Kenapa Riddick di planet tu? Kenapa dia seorang diri? Kenapa mata Riddick bersinar macam mentol lampu? Riddick bukan manusia biasa ke? Banyak soalan yang muncul dalam kepala aku. Aku sabar je la sebab aku pasti setiap persoalan tu akan terjawab jugak. Banyak binatang buas menyerang Riddick. Kerja Riddick asyik berlawan dengan binatang buas je. Pada mulanya la hehe.

Hmmm


Riddick terkenang balik kisah hidupnya sebelum ni. Apa yang aku nampak ialah Riddick ditabalkan menjadi raja. Oh ok. Riddick seorang raja yang nak pergi ke planet Furya tetapi Riddick dikhianati dan dihantar ke planet lain hmm planet yang dia duduk sekarang ni la. Planet tak ada nama, yang ada cuma binatang buas. Daripada pemerhatian aku persekitaran planet tu macam planet Marikh tapi bukan planet Marikh sebab Riddick pun tak tahu nama planet tu. Okeh itu je maklumat yang aku dapat dari kisah lampau Riddick.

Tak lama lepas tu muncul sebuah kapal angkasa. Hmm dari yang aku lihat cara mereka berpakaian macam manusia dari planet bumi. Berbeza sekali daripada manusia dari planet asal Riddick. Okeh, apa yang dapat aku simpulkan ialah Riddick dan Santana (Jordi Molla) serta krewnya datang dari planet yang berbeza. Santana sedaya upaya cuba membunuh Riddick.

Dannn tiba-tiba muncul lagi sebuah kapal angkasa. Pakai sut cantik macam dalam cerita Star Trek. Kelihatan seperti manusia dari planet yang dah maju gila-gila. Dan sekali lagi aku membuat kesimpulan Riddick, Santana (dan krewnya) dan Johns (Matt Nable) serta Dahl (Katee Sackhoff) dan Diaz (Dave Bautista) datang dari planet yang berbeza. So dalam cerita ni ada 4 planet. Haha. Mereka ni pun sibuk nak buru si Riddick ni. Masalahnya ialah aku tak faham kenapa mereka semua buru Riddick. Terasa macam bebal pulak aku ni.

Lepas sejam aku tengok, hei apeni kenapa susah sangat nak faham?? Aku mula ganggu buifrin. Tanya macam-macam. Buifrin cakap tengok je la dulu. Sentap iols :’(

Aku mula hilang sabar bila Johns tanya kat Riddick tentang anaknya. Hoi ape ni? Tetiba tanya pasal anak padahal dari awal sampai la nak habis Riddick duduk sorang je kot kat planet yang takde nama tu. Omg.

Dah tengok sampai habis pun aku tak faham wakakkekwkkakwakhah!! Semua persoalan yang muncul dalam hotak aku sikit pun tak terjawab. Nak tahu kenapa? Sebab sebelum tengok Riddick ni, iols dan uols WAJIB tengok The Chronicles Of Riddick dan Pitch Black huhuuuuuuuuuuuuuuu.. So yang tak tengok The Chronicles Of Riddick dan Pitch Black tu toksah nak berangan tengok Riddick. Uols takkan faham punye. Macam aku T.T


Terima kasih kepada Nuffnang muahh kerana sudi menjempot!! Minggu depan jemput saya tengok About Time pulak ye? HEHEHEHE

Rating? Takde bintang untuk Riddick sebab aku tak faham satu benda pon T.T


Wednesday, August 28

We’re The Millers Review

3:05:00 pm 2 Comments


Genre : Comedy, Crime
Running Time : 110 Minutes
Rated : 18
Release Date In Malaysia : 29 August 2013

We’re The Millers merupakan filem komedi yang diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber. Mengisahkan tentang David Clark (Jason Sudeikis) seorang pengedar dadah yang dirompak oleh sekumpulan samseng. Kejadian itu menyebabkan David berhutang dengan Brad Gurdlinger iaitu pembekal dadah tersebut. Oleh kerana terdesak untuk membayar hutang tersebut, David akhirnya bersetuju dengan rancangan Brad untuk menyeludup dadah dari Mexico. Untuk mengelak daripada dikesan daripada pihak polis, David mengupah Rose (Jennifer Aniston) penari bogel untuk berlakon sebagai isterinya, Casey Mathis (Emma Roberts) seorang remaja yang lari dari rumah sebagai anak perempuannya dan Kenny Rossmore (Will Poulter) jiran David iaitu remaja 18 tahun yang masih virgin sebagai anak lelakinya.

Filem wajib tengok uolllssss!! Rasa nak terburai je isi-isi perut ni sebab kelakar nak mampos HAHAHAHHHAHAH!! Percaya la uolsss dari mula sampai akhir aku asyik tergelak-gelak je. Bising gila pawagam dengan gelak ketawa blogger-blogger lain!!

Memang sesuai sangat Will Poulter pegang watak sebagai Kenny Rossmore. Omgomgomg sakit perut ketawa wei HAHAHHA!


Bloggers yang hadir semalam ;)


Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput muahhhhh!! :P

Rating : 4.5/5


p.s. nak jam tangan Fila ni :/


Tuesday, August 27

Kick-Ass 2 Review

10:44:00 am 3 Comments


Genre : Action, Crime, Comedy
Running Time : 103 Minutes
Rated : 18
Release Date In Malaysia : 29 August 2013

Kick-Ass 2 adalah superhero British-Amerika filem aksi-komedi ditulis dan diarahkan oleh Jeff Wadlow dan Matthew Vaughn. Kick-Ass / Dave (Aaron Taylor-Johnson) memutuskan untuk memulakan pasukan superhero pertama di dunia bersama Hit Girl / Mindy (Chloë Grace Moretz). Malangnya Mindy terpaksa melupakan hasratnya itu dan terpaksa hidup seperti gadis normal. Kick-Ass  akhirnya menyertai sekumpulan rakyat biasa yang di ketuai oleh Colonel Stars and Stripes (Jim Carrey) untuk memerangi jenayah. Red Mist dilahirkan semula sebagai Mother Fucker (Christopher Mintz-Plasse). HAHHHAHHA!

Sebenarnya saya tak tengok pun Kick-Ass yang pertama tapi saya sangat seronok menonton Kick-Ass 2. Lawak nak mampos tengok si Mother Fucker tu HAHHAHHA! Yang tak tengok Kick-Ass yang pertama tu jangan risau korang tak akan blur bila tengok Kick-Ass 2 ni :D Hmm weekend ni nak tengok Kick-Ass yang pertama tu la hehehe.


Terima kasih Nuffnang untuk dua pass Kick-Ass 2 premiere screening tu muahh!

Rating : ★  ★ 

Thursday, August 22

The Mortal Instruments : City Of Bones Review

4:30:00 pm 3 Comments

SELASA lepas gilfrin dengan buifrin pergi tengok The Mortal Insturments City Of Bones premiere screening dekat Midvalley Megamall. Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput. Sayang Nuffnang muah muah!! Hihihi.


Genre : Action, Adventure, Fantasy
Running Time : 130 Minutes
Rated : PG13
Release Date in Malaysia : 22 August 2013

Apabila ibu Clary (Lily Collins) hilang, Clary mendapat tahu bahawa dia merupakan keturunan pahlawan-pahlawan Shadowhunter yang melindungi dunia daripada syaitan. Clary menyertai pasukan itu untuk menyelamatkan ibunya.


Pendapat gilfrin?

Best gila!! Cuma satu je gilfrin tak suka. Hero dan heroin tu adik beradik!! Gilfrin ulanggg Clary dan Jace (Jamie Campbell Bower) adalah ADIK BERADIK!! Oh nuuuuu!! Tapi kan gilfrin rasa sekuel yang akan datang City Of Ashes, ibu Clary, Jocelyn (Lena Headey) akan sedar dari tidur dan cakap kat diaorang berdua ni diaorang bukan la adik beradik hehhehehe.

Pendapat buifrin?

Buifrin kata tak best dan merepek gila HAHAHHHA!! Gilfrin perasan gak buifrin menguap 3 4 kali HAHAHHA!! Kesiannnn buifrin terpaksa layan :P

Nama pon filem fantasy mesti la banyak yang merepek. Gilfrin suka suka suka heeee :D

Oh lagi satu aku tak suka serigala jadian tu. Kenapa lemah aje? Serigala jadian patutnya ganas dan kuat. Hmm takpe la kita layankan aje huhuuu.

Rating : ★ 


Friday, April 12

Iron Man 3 : My Way

10:27:00 pm 6 Comments

Iron Man 3 My Way?

Hmmm... My Iron Man suit would go through an evolutionary process. First it would start off as an egg.

Like this.


Then it would naturally evolve into it's pupa stage where it would survive the wild from being eaten and of course eating everything in it's path. This is to ensure it's as tough as nails and knows how to survive in the wild. At the pupa stage it'll look something like this.


The shell would molt and with every molt it would get tougher and tougher till it's as indestructible as adamantium. (you know like wolverine's claws)

After that it would evolve into it's next stage which would look like this.


At this stage it would be getting physically stronger and tougher. Ever been kicked by a horse? A man can't even run longer than a couple of hours without passing out but a horse can do it with a man on his back. Plus being able to kick like a horse is pretty cool too. HAHAHA!!

Next stage would be the juvenile stage. This is when it learns about what's cool and not and about rules and laws and boundaries. And of course about girls and boys and learning about responsibilities, etc. All that boring grown up stuff. This is to prepare to be an awesome adult super hero of course. Maybe. This stage will look like this.


Then it would become an adult and it'll be HUGE!!! The armor will be pure adamantium cross weaved with a titanium-diamond compound. Hidden in every slot, crack, nook and cranny is every conceivable energy weapon powered by wind, solar, the elements, etc. which is turned into energy by nano machines living, multiplying and working in the suit itself which also repairs the suit if damage occurs. And it'll look like this.


But this isn't the final stage.

The final stage is this.


Why this? Well it's survived 6 movies, all made and remade and made better or worse depending on where you stand as a fan. It's survived being Anakin Skywalker's robot all the way till Luke Skywalker became a full fledged Jedi Master. It's survived all sorts of wars, battles, being shot at, thrown, dropped, tossed, shocked, attacked with lightsabers, stuck outside a spaceship. I think it's ultimately stronger than Iron Man. HAHAHAHAHA!!


People this is just my own idea, if you have your own idea too, you can join it and maybe you will win a pair of Nuffnang Premiere Screening invitation for Iron Man 3. View HERE for more detail.

Thursday, March 14

The Call Review

11:25:00 am 19 Comments


Genre : Thriller       Running Time : 1 Hours 30 Minutes

Jordan (Halle Berry) operator 911 telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang remaja perempuan yang keseorangan dirumahnya yang diceroboh. Jordan menggunakan segala strategi yang ada untuk membantu remaja tersebut mengelak daripada pemangsa sementara menunggu ketibaan polis namun Jordan gagal.

Mencemaskan. Jalan ceritanya semudah abc dan kita boleh agak apa yang terjadi seterusnya :P



Heyyy PEREMPUAN diluar sana harus tengok movie ni!


Thursday, November 22

25 Pasang Tiket Lagenda Budak Setan 2 Untuk Dimenangi

10:28:00 am 7 Comments




Hmm korang tengok tak Lagenda Budak Setan yang pertama tu? Mesti ramai yang tengok kan? Ha cepat mengakuuu :P Aku? Hmm aku, kalau Maya Karin yang berlakon memang aku tak layan beb. Bukan anti ke hape tapi bagi aku Maya Karin tu tak reti nak berlakon. Tak reti nak menjiwai watak. Tengok la dalam Ombak Rindu tu hancur berkecai movie tu. Tapi aku takde la nak salahkan Maya Karin 100% HEHEHE. Peminat Maya Karin jangan plak nak sentap ye? Pendapat aku je :P Aku layan Ombak Rindu pun sebab aku katam novel tu haha.
Kalau korang nak menang tiket Lagenda Budak Setan premiere screening tu korang klik SINI k :)

Adios.