20 December 2013

47 Ronin Review


 

Genre : Action, Adventure, Fantasy
Running Time : 119 Minutes
Rated : PG13

Filem terbaru berjudul 47 Ronin arahan Carl Rinsch ini merupakan sebuah lagenda Jepun pada abad ke-18.

Mengikut sejarah, 47 Ronin adalah sebuah cerita klasik yang mengisahkan tentang sekumpulan samurai yang ingin membalas dendam selepas sifu mereka mati di tangan pemerintah kejam.

Menerusi filemnya pula, kisah penuh dendam ini bermula apabila Kai (Keanu Reeves) menyertai kumpulan Ronin diketuai oleh Kuranosuke Oishi (Hiroyuki Sanada) untuk menghapuskan Lord Kira (Tadanobu Asano) yang tidak berperikemanusiaan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Kai bersama Ronin yang lain sewaktu memburu Lord Kira dan hanya pahlawan sejati sahaja yang mampu mengalahkan kekuasaan pemerintah zalim itu.



Bagi aku cerita ni best sangat. Lain dari yang lain. Orang Jepun kan terkenal dengan sikap yang amat berdisiplin dan ketaatan yang tak berbelah bagi kepada pemerintah. Memang taat gila-gila la! Terselit juga sedikit kisah cinta. Hmmm kisah cinta yang menyedihkan antara Kai dengan Mika (Kô Shibasaki) kerana perbezaan darjat. Sobsob.

Cuma satu je yang tak kena. Dalam cerita ni semua orang Jepun bercakap bahasa Inggeris. Kalau semua pelakon cakap bahasa Jepun lagi meletop kot. Nak juga dengar buifrin kesayangan aku si Keanu Reeves tu cakap Jepun ahhahaha!

Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi menjemput saya dan husband untuk menonton 47 Ronin premiere screening! Muah!!!!!!!


4 comments:

  1. citer pahlawan2 la ni.. tak minat sangat.. huuu..

    ReplyDelete
  2. Kau curang dgn adam lavign

    ReplyDelete
  3. Baru tgk td citer ni nit bad

    ReplyDelete
  4. xtgk lg.. hehe. last minute tertengok hobbit.
    rasanya suka lg tgk tom cruise jd samurai dlm the last samurai. dia cakap jepun wohh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...