11 June 2015

Puven & Giri's Wedding

Hola!!


Baru-baru ni aku dengan boifren and the gang konvoi beramai-ramai ke Bentong Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan Puven and Giri. Puven tu kawan boifren aku. Yang paling menarik ialah ini merupakan perkahwinan mengikut tradisi orang India. First time aku hadiri majlis perkahwinan orang India. Sebelum ni ada juga kawan aku yang berbangsa India jemput tapi kebetulan pulak boifren aku busy. Memang tak dapat la nak pergi :D

Puven  Giri


Dewan Majlis Perbandaran Bentong yang dah dihias cantik ;)

Ketibaan pengantin perempuan.



Ketibaan pengantin lelaki ;)

Pengantin lelaki dan pengantin perempuan tak masuk bersama tau. Pengantin perempuan yang naik ke pelamin dulu kemudian barulah pengantin lelaki. Masa aku kahwin aku dengan boifren masuk sama-sama hihi. Lagi seronok kot masuk sama-sama so takde la rasa segan sangat hahaha.



Sesi bergambar dengan pengantin ;)


Hadiah untuk pengantin hehe. Esok pagi nak bertolak malam tu gigih aku balut hadiah. Boifren pulak duduk tepi main game T.T

Selesai majlis aku dengan boifren singgah kat Colmar Tropicale ;)


0 comments:

Post a Comment

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...