Saturday, August 1

Cara Berkesan Menghilangkan Kelemumur



Kelemumur boleh terjadi hasil daripada kulit kepala yang kering atau satu keadaan kulit yang dikenali sebagai dermatitis seborrheic . Ia juga boleh disebabkan oleh ekzema, psoriasis, atau kulat yang dipanggil Malassezia.

Cara berkesan merawat kelemumur. Selamat mencuba!


Aspirin

Hancurkan dua biji aspirin hingga menjadi serbuk halus kemudian campurkan ke syampu. Syampu rambut uols seperti biasa. Kemudian biarkan selama 1-2 minit. Bilas dengan bersih dan basuh sekali lagi dengan syampu biasa.


Serbuk Penaik (Baking Powder)
 
Basahkan rambut uols dan gosok serbuk penaik ke dalam kulit kepala uols. Baking powder mengurangkan kulat aktif yang boleh menyebabkan kelemumur. Rambut uols akan kering pada mulanya tetapi selepas beberapa minggu kulit kepala uols akan mula mengeluarkan minyak semula jadi and rambut uols lebih lembut dan bebas dari kelemumur!


Apple Cider Vinegar (ACV)
Menurut Dr Mehmet Oz ACV sangat berkesan untuk menghilangkan kelemumur kerana keasidan ACV merubah pH kulit kepala dan menjadikannya yis sukar untuk berkembang. Campurkan suku cawan ACV dengan suku cawan air kedalam botol semburan dan sembur pada kulit kepala uols. Bungkus kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 minit hingga satu jam. Kemudian basuh rambut uols seperti biasa. Lakukan dua kali seminggu huhu.


Minyak Kelapa

Sebelum mandi, urut 3-5 sudu minyak kelapa ke kulit kepala dan biarkan selama sejam. Kemudian basuh rambut menggunakan syampu. Uols juga boleh guna syampu yang mengandungi minyak kelapa.


Lemon

Lemon melegakan kulit kepala dan bilas dengan air. Kemudian masukkan 1 sudu teh jus lemon ke dalam 1 cawan air dan bilas rambut uols. Ulangi setiap hari ini sehingga kelemumur uols hilang. Keasidan lemon ini membantu mengimbangkan pH kulit kepala uols.


Garam

Ramas garam ke kulit kepala kering. Kemudian urut kulit kepala. Lepas tu syampu seperti biasa.


Minyak Zaitun
 

Urut kira-kira 10 titik ke dalam kulit kepala dan tutup dengan tuala selama 30 minit. Kemudian syampu rambut seperti biasa. 
 

No comments:

Post a Comment