Hola!
Hari pun dah nak malam. Dah puas berehat beberapa jam kat hotel. Perut pun dah lapar so hubby ajak keluar cari makan kat Pasar Malam Brinchang.
Jalan ke arah Brinchang jammed la pulak T.T Rasanya time macam ni semua orang tengah busy nak cari makan kot huaaaaaaaaaa T.T
Sayur-sayuran 8 bungkus RM10. Murah gila babi T.T
Merata tempat ada strawberry kering.
Hubby beli kimcam goreng, cendawan goreng dan enoki goreng. Enoki?? Enoki adalah sejenis mushroom ye tuan puan. Semua sedap woiii T.T
Teh pelbagai jenis rasa ni pun dijual di merata tempat. Harga pun lain-lain. Not sure la kat mana yang paling murah sebab aku tak beli pon hehehe.
Makanan yang dijual kat Pasar Malam Brinchang ni lebih kurang sama je macam makanan pasar malam kat tempat lain. Sebab tu aku dengan hubby beli yang goreng-goreng tadi tu je.
Tak sanggup nak hadap jammed dekat cameron ni bila cuti panjang. Memang azab.
ReplyDelete