12 February 2016

Century Pines Resort Cameron Highlands


Hola!


Dah penat jalan-jalan kat ARK Strawberry & Sourvenir kami laki bini decide nak check in hotel. Rasanya masa tu baru pukul 1 petang hahaha.


Hubby booked Century Pines Resort untuk dua malam. Mula-mula tu aku cakap kat hubby stay satu malam je la tapi hubby kata nak dua malam sebab nak rehat lama sikit. Aku pun menurut perintah je la hehehe.


Nama pun Century Pines Resort wajib la ada pokok pine kan haha.


Bilik aku kat depan tu tingkat atas sekali. Kena panjat tangga sebab takde lift :'( Kalau korang nak bermalam kat sini korang tak payah la nak request bilik paling atas buat penat je hahahaha.


Masa check in receptionist mintak deposit RM100 :)


Yeahhhhhhhhh ni la biliknya!! Keluasan lebih kurang macam bilik aku je. Okay la. Masuk bilik je hubby macam biasa la cari remote control aircond hahaha. Dari baby tidur dalam aircond begitu la perangainya hahaha.



Tetiba hubby cakap bilik ni takde aircond!! Aku macam tak percaya je. Biar betul? Check in pukul 1 petang wei panas wei panas! Betul la orang cakap Cameron Highlands dah tak sejuk macam dulu T.T Petang tu tidur tak dapat nak menempel kat hubby T.T Nasib baik la malam tu sejuk gila hahaha.




Bilik air tandas tu eww tak berapa nak bersih. Bersih lagi bilik air aku kat rumah hahaha. Water heater ni tak tahu la aku nak cakap apa. Sampai hotel aku mandi air tu panas je. Bila malam tak reti nak panas pula. Dia orang ni tak buat maintainance ke apa?

Oh ye kalau korang nak book bilik kat sini korang kena teliti betul-betul pasal bilik tu sebab ada beberapa buah bilik yang bilik airnya terletak kat luar bilik. Mandi kat luar bilik la jawabnya hahaha.


1 comment:

  1. Dekat Cameron memang semua bilik takda aircond. Hehe

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...