5 May 2016

[REVIEW] Olay Regenerist Advanced Anti-Ageing Moisturiser (Night)


Hola guys!


Satu perkara yang aku paling suka tentang Lazada ialah Lazada rajin buat SALE haha.

Ni salah satu barang yang aku beli kat Lazada Olay Regenerist Advance Anti-Ageing Moisturiser. Kalau kat luar harga dalam RM50++ tapi kat Lazada murah je. Jauh beza tau. Beli cepat sebab tengah promosi!!

Olay ni aku belikan untuk kawan aku. Kawan aku yang pemalas gila tu. Aku pernah cerita suatu ketika dulu cewahh haha. Aku tak guna Olay sebab Olay mengandungi alcohol yang agak tinggi tak sesuai dengan kulit aku yang berminyak dan sensitif.

Setiap kali beli product yang mengandungi alcohol MESTI kulit aku rasa panas lepas menggunakan product tu. Mula-mula tu aku tak perasan tapi lama-lama aku belajar sikit demi sedikit tentang kulit aku. Ambil masa bertahun juga la sebab dalam setiap product yang aku try tu mengandungi more than 20 ingredients.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...