22 August 2012

Puding Karamel Gula Hangus


Hola!

Petang tadi lepas kerja sebelum balik rumah singgah Speedmart beli bahan-bahan untuk buat puding karamel. Dah berbulan nak cuba resipi ni tapi selalu je macam takde masa hiks. Akhirnya malam ni tertunai juga hajat dihati. YAY!

Tak lawa tapi sedap T.T

Okay ni resipinya,

Bahan-bahan

250ml susu sejat
5 sudu gula (untuk gula hangus)
1 sudu gula
3 biji telur
1 sudu esen vanilla


Cara-cara

Campur susu sejat, gula, telur dan esen vanilla. Blend.
Masukkan gula kedalam kuali tanpa air.
Bila gula dah mula hangus, masukkan air dan kacau hingga hilang ketulan gula. 
Masukkan gula hangus ke dalam loyang.
Kemudian masukkan adunan puding. Kukus selama 20 minit.

 

Pudingku yang pucat lesi macam omaigaddd! Macam takde darah! Bhahaha! Tapi tak mengapa. Ini percubaan pertama, biasa la mesti ada terlebih terkurang (sedapkan hati). Lepas steam 20 minit, kita telangkupkan loyang (?) tu atas pinggan.

Telangkupkan macam ni =)


Nampak je pucat tapi sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Oh ye, Sabtu ni nak cuba buat pengat pisang + jagung manis + sagu pulak. Wahh seronoknya!!


1 comment:

  1. thanks for the resipi beb!

    senang je rupanya bahan² dia..ai ingatkan susah nak cari bahan²

    gelaklah baca post nie theheheheee

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...