17 January 2013

Aduan NCCC



Sekiranya korang rasa tertipu or ditipu bolat-bolat oleh mana-mana syarikat jualan tak kisah la online ke offline ke sila la membuat aduan di NCCC hokey? Wang tak dikembalikan pun takpe yang penting aduan telah dibuat sebab kita tak nak ramai lagi yang tertipu kan?

Kat Malaysia ni masih ramai lagi yang tak sedar akan hak-hak kita sebagai pengguna. Bila ditipu, sikit-sikit cakap ala bukan rezeki. Sikit-sikit, ala takpe la dah nasib badan. Sikit-sikit, ala dah takdir. Sebab sikit-sikit ala tu la yang kaya makin kaya yang miskin makin miskin. Miskin sebab asyik kena tipu je haha.

Kita sebagai pengguna ada super power, tahu?

Ingat lagi tak kes aku terbeli barang tiruan kat My***L tu? Ala bag Dorothy Perkins yang konon-kononnya tulen tu. Ehem, aku tahu la bag tu tak semahal bag Chanel hahahaaha tapi aku beli dengan duit tu weii, bukan beli dengan daun kari.

Masa tu aku gila tak puas hati kauu. My***L janji akan hantar bag tu dalam tempoh 15 hari tapi tunggu-tunggu pergh sampai 2 bulan 2 hari aku jadi tunggul kauu. Dah la jadi tunggul barang yang sampai pulak tiruan, boleh tangkap tak perasaan aku masa tu?

Aku tengah panas, My***L pulak tak balas email aku. Aku email kat My***L kali kedua, hey kau tak balas email aku kang aku buat report kat NCCC. Tak balas jugak. Oouhh kau ingat aku main-main ye? Aku terus buat aduan kat NCCC. Rasakannnn. Sepantas halilintar kauuu My***L balas email aku.

Lepas tu dorang boleh kata aku orang pertama buat aduan yang bag tu tak tulen BAHAHAHAHAHAHAHHA! Macam aku mongok sangat tak tahu mana kaca mana permata. Aku apa lagi, aku tunjuk la bukti yey!

Tak lama lepas tu My***L minta aku kembalikan bag tu kepada diorang dan bersetuju untuk kembalikan wang aku dalam bentuk coupon. Ayayayyayy! Coupon tu pun aku dah guna. Maka dengan itu tamat la kisah aku dengan My***L dan aku tak akan berurusan dengan My***L lagi...........

Sekian terima kasih :)

12 comments:

  1. Patut mintak ganti dengan duit je balik.. Biar padan muka dengan diorang.. My***L ape tu?

    ReplyDelete
  2. bagus info Shalee..kdng2 nk buat aduan tp xtau nk buat kt mna..

    ReplyDelete
  3. bagus info Shalee..kdng2 nk buat aduan tp xtau nk buat kt mna..

    ReplyDelete
  4. Betul laa. Kadang2 kita ni baek hati sgt. Dah terkena pun diam2 je anggap takde rezeki. Tp aku tak penah experience lagi la kena tipu psl beli brg sampai rugi beratus or beribu. Kut. Kalau kena, memang siap la aku adukan. Takkan bertolak ansur lagi. Hahaha!

    ReplyDelete
  5. Mydeal eh? Okay so I'm not going to buy anything with that site again. Hahha. Okay lah tu kau tahu hak kau, aku nasib baik tak pernah kena lagi barang tiruan dalam on9 nie. Kalau yang mahal2 like over rm100 harga barang tu aku tak berapa nak berani beli dalam on9 takut macam kes kau nie lah.

    ReplyDelete
  6. Ehem. Arini takde update ek? So, happy weekend Shaleeee :D

    ReplyDelete
  7. Thanks for the info sis.

    ReplyDelete
  8. haaaa bgus ni.pengguna yg bijak..so far Na mmg xde pengalaman mcm ni..org kat luar sana smua atut ikut contoh awk beb!

    sesuka jee nk tipuu orggg kan???

    ReplyDelete
  9. Miss Sepet ni agak sopan juga sebenarnya ea..kalau Dezee xder Dezee nk tapis2 nama dengan symbol **** der. Well kucing kita berbeza kan..asalkan xbeli iphone dapat lesung batu sudah la kan?haha

    ReplyDelete
  10. betul tu..kadang2 bukan apa malas nak buat urusan2 mcm ni..sbb tu selalu biarkan aje

    ReplyDelete

arigato gozaimas muahhhhhhh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...