Tuesday, April 14

Perkahwinan Anak Sultan Brunei

Perkahwinan mewah ini merupakan majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anak Sultan Brunei iaitu Putera Abdul Malik dan isterinya, Dayangku Raabi’atul ‘Adawiyyah Pengiran Haji Bolkiah.

Wowowoww mewah sungguh!!



Jambangan bunga yang dipegang oleh pengantin perempuan iaitu jambangan yang diperbuat daripada permata yang sungguh memukau.



Pengantin perempuan memakai kasut Christian Louboutin yang diselaputi permata beserta gelang kaki yang diperbuat dari emas tulen. Aku pun nak pakai kasut ni jugak HEHEHHEHEHE.


Melalui laporan Daily Mail Online, perkahwinan yang berlangsung di Istana Nurul Iman menyaksikan kedua mempelai duduk diatas pelamin yang diperbuat daripada emas serta mengenakan busana yang turut bertatahkan emas dan berlian.







Sama padan sama cantik! Tahniah buat kedua mempelai :D

Agaknya berapa juta habis untuk istiadat bersanding anak Sultan Brunei ni ye? Tak kisah la berapa juta kos untuk perkahwinan ni kerana Sultan Brunei memang kaya. Sultan yang sangat baik dan berkongsi kekayaan dengan rakyat jelata. Pemimpin seperti itu la yang kita cari. Bukan seperti pemimpin yang suka makan duit rakyat. Dah la rakyat dah miskin dikenakan GST pulak.




No comments:

Post a Comment