28 April 2015

TTC : Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)


Akhir tahun lepas aku cuba nak dapatkan rawatan kesuburan dekat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bila tiba kat kaunter pendaftaran..


“Akak saya nak dapatkan rawatan kesuburan”

“Adik dah kahwin berapa lama?”

“Bulan depan nak masuk setahun kak”

“Oh.. tinggal bersama suami atau duduk berjauhan?”

“Tinggal bersama suami”

“Ohh kalau macam tu adik cuba dulu secara natural. Lagi pun adik kahwin tak sampai setahun”

“Tapi kak bulan depan dah nak masuk setahun”

“Takpe takpe adik datang bulan depan je”


Patah kot hati aku dengan ahkak nurse tu. Aku datang dengan harapan menggunung dia pulak suruh aku datang bulan depan. Macam la aku surirumah sepenuh masa ingat senang ke aku nak minta cuti?? Sejak hari tu aku pun dah malas nak pergi jumpa doctor.

Sekarang aku berusaha gigih bersama suami time aku tengah subur hehe. Cara natural la sangat kannnn.

Sentap aku tengok perut officemate aku yang tengah sarat tu. Aku kot yang kahwin dulu tapi kenapa dia yang pregnant dulu??? Hati menjerit tapi tu dulu la sekarang pun sentap gak hahahahaha. Jauh disudut hati aku.. aku tahu semua ni ada hikmah cewahhhhhhhh.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...