Halo?
Sejak dah kahwin ni makin malas aku nak update blog hehe. Gambar kat handphone punya la berlambak konon nak share kat blog tapi hampeh. Bulan lepas aku janji bulan Julai nak update blog setiap hari tapi janji tinggal janji mak enon huahua.
Hidup aku sama je seperti biasa. Suasana kerja yang membosankan. Setiap hari menanti kedatangan hari sabtu dan ahad. Bila isnin dah nak menjelma mula la terasa hidup gelap gelita. Rasa macam masa depan dah gelap huahua.
Aku paling bahagia bila berada kat rumah. Sangat-sangat heaven. Tak pernah bosan tengok muka husband aku yang comel tu. Tak tahu la kenapa aku tengok husband aku tu handsome sangat hehe. Korang nak muntah silakan huahua. Ha korang mula la nak cakap alaa baru kahwin biasalah tu. Korang jangan ada perasaan macam tu tau. Kita mesti doakan yang baik-baik je. Tak kisah la kita tak kenal rupa memasing cewahhh.
Tahap kesihatan aku pula, setakat ni okay je tak ada penyakit kronik lagi. Alhamdulillah. Cuma baru-baru ni kelopak mata aku ditumbuhi ketumbit huahua. Ketumbit tu dari khamis minggu lepas sampai la ke hari ni tak hilang-hilang lagi :( Doctor kata ketumbit tu terjadi disebabkan liang air mata tersumbat. Maybe tersumbat oleh bendasing seperti habuk. Kalau isnin minggu depan tak hilang juga aku nak jumpa doctor. Takut ada apa-apa infection hmmm..
Apa lagi aku nak cakap eh?
Hmmm cukup la kot? Malas pula nak taip panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca pun huahua. Oh ye selamat berpuasa ye korangz.
No comments:
Post a Comment